Bagi pelajar bumiputera yang mahu menyambung pengajian dalam bidang kemahiran. Giatmara adalah salah satu tempat yang sesuai untuk anda mendapatkan pendidikan dalam bidang kemahiran. Permohonan ini terbuka kepada mereka yang berusia 15 tahun dan keatas tidak kira sama ada anda adalah lepasan SPM atau tidak.
Namun, permohon haruslah boleh Membaca, menulis dan minat (3M) dalam bidang yang dipohon. WAJIB minat bidang yang dipilih bagi memudahkan urusan pembelajaran dilaksanakan pada masa sesi pembelajaran.
PERINGATAN!!!
Bagi pelajar yang sudah tamat pengajian Tingkatan 5 dan berumur 18 tahun ke atas, pemohon mempunyai syarat tambahan iaitu perlu menduduki peperiksaan kompetenan Suruhanjaya Tenaga (ST) bagi kursus Pendawai Elektrik & Penjaga Jentera Elektrik
“Permohonan Giatmara bagi golongan B40 akan diutamakan dahulu”
Visi
Menjadi Pusat Latihan Teknikal dan Vokasional sepanjang hayat yang terunggul dan diiktiraf di peringkat Negara dan Antarabangsa.
Misi
Menyediakan latihan Teknikal dan Vokasional yang berkualiti dan memenuhi kehendak Negara bagi mewujudkan tenaga kerja mahir dan bakal usahawan bumiputera yang berdaya saing.
Permohonan Kemasukan GIATMARA 2021 sesi pengambilan Januari dan Julai
GIATMARA ditubuhkan bertujuan menyediakan latihan kemahiran teknikal dan vokasional kepada belia-belia di luar bandar dan di dalam bandar. Ianya bagi membolehkan para belia mendapat kemahiran sebagai persediaan menjadi tenaga kerja mahir dan usahawan teknikal bagi memenuhi keperluan industri dan keperluan kegiatan ekonomi serta keusahawanan di daerah setempat dan dalam negara.
“Bajet pengurusan operasi dibiayai sepenuhnya oleh pihak kerajaan Malaysia melalui peruntukan yang disalurkan menerusi MARA“
Permohonan Kemasukan GIATMARA sesi 2021 secara atas talian/ manual.
Permohonan kemasukan perlu melalui atas talian bagi mereka yang mahu memohon kursus sepenuh masa (Full Time) SAHAJA. Manakala, permohonan secara manual pula bagi mereka yang mahu memohon kursus separuh masa (Part Time). Pengambilan kemasukkan Giatmara ini sebanyak dua kali dalam setahun iaitu pengambilan pada bulan Januari dan Julai.
1) Permohonan secara atas talian
“Penawaran bagi Sesi Januari 2021 telah mula dibuka bermula SEPTEMBER 2020″
PERINGATAN!!!
Permohon perlu pastikan email yang diberikan adalah aktivit / sah dan WAJIB mengingati kata laluan yang digunakan
Sila Rujuk “MANUAL PERMOHONAN” sebelum membuat permohonan
Permohon perlu ketahui kursus yang ditawarkan dan syarat permohonan
2) Permohonan secara manual
Bagi pemohon yang ingin memohon kursus separuh masa, pemohon boleh hadirkan diri ke mana-mana pusat Giatmara yang terdekat bagi mengisi borang permohonan.
KLIK DISINI untuk mendapatkan Borang Permohonan secara Manual.
3) Senarai Kursus yang ditawarkan
Kursus yang ditawarkan di seluruh Malaysia adalah seperti berikut:-
- Kluster Computer and Networking Technology
- Kluster Elektrikal
- Kluster Elektronik/Mekatronik
- Kluster Fabrik
- Kluster Hairdressing and Cosmetology
- Kluster Hospitaliti
- Kluster Kulinari
- Kluster Mekanikal
- Kluster Pembuatan
- Kluster Pengangkutan
- Kluster Senibina
- Kluster Creative Media
Bagi mendapatkan maklumat lanjut berkenaan dengan senarai kursus boleh KLIK DISINI.
4) Senarai Lokasi GIATMARA Di seluruh Malaysia
Bagi pemohon yang takut mendapatkan kursus yang jauh dari tempat tinggal, anda boleh rujuk dahulu Lokasi Giatmara Di Seluruh Malaysia sebelum membuat permohonan.
Cara Menghubungi pihak pengurusan,
Wisma Giatmara
No 39, Jalan Medan Tunku,
50300 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-2691 2690
Fax: 03-2691 2820
Emel: [email protected]
Selamat mencuba untuk memohon kemasukan ke GIATMARA Malaysia. Semoga anda berjaya dalam apa jua bidang yang dipohon. INGAT tiada kejayaan yang datang bergolek, semuanya memerlukan usaha untuk berjaya.
“Kejayaan tidak akan datang bergolek tanpa ada usaha, jadi bagi mereka yang mahukan kejayaan maka berusaha untuk melangkah kesatu tahap yang lebih tinggi lagi”
Semalam adalah sejarah,
Hari ini adalah tragedi,
Esok adalah misteri
***Jadi berusahalah untuk mendapat sesuatu yang belum pasti tetapi sudah menghampiri anda***
***Tiada kejayaan tanpa usaha***
Tidak rugi untuk mencuba melakukan permohoan ini kerana borang pemohoan adalah percuma dan tidak perlu dibayar. Justeru itu, bagi calon yang berminat hanya perlu memohon bidang yang diminati tanpa rasa ragu-ragu.
Rujukan:-
1) http://giatmara.edu.my/language/ms/profil/
2) http://giatmara.edu.my/language/ms/muat-turun/#
One thought on “Permohonan Kemasukkan Ke GIATMARA Sesi 2021”
Suka gaya penulisan…
Terbaik