

Berita baik bagi mereka yang ingin membuat permohonan IKM atau permohonan KKTM, juga kepada mereka yang berminat menyambung pengajian dalam bidang kemahiran, permohonan ke KKTM dan IKM telahpun dibuka.
Bidang kemahiran juga ialah bidang yang berharga kerana ia tidak bergantung harap kepada kekosongan pekerjaan malahan ia boleh berdiri sendiri dengan memberikan peluang kepada penuntutnya membuka perniagaan sendiri dan menjadi usahawan berpendapatan lumayan.
IKM ialah institute kemahiran MARA manakala KKTM ialah Kolej Kemahiran Tinggi MARA. Kedua-dua institusi ini menyediakan peluang belajar kemahiran pada tahap berbeza berdasarkan kursus dan kelayakan masing-masing. Kedua-dua institusi ini adalah dibawah seliaan MARA dengan mengutamakan keberhasilan dalam penggunaan modal insan yang optimum dalam ekonomi.
Permohonan IKM/ KKTM 2015
Permohonan dibuka dari 25 Ogos sehingga 5 oktober 2014, masih sempat lagi bagi mereka yang berminat untuk memohon. Permohonan boleh dilakukan terus melalui online tanpa dikenakan sebarang kos pembelian borang. Permohonan boleh dibuat menerusi aplikasi permohonan yang disediakan – Maklumat lanjut.
Bagaimana membuat permohonan?
Panduan telah disediakan untuk membuat permohonan, anda terlebih dahulu perlu mendaftar dengan klik pada link pengguna baru. Selepas itu barulah boleh login menggunakan no kad pengenalan dan kata laluan seperti yang didaftarkan tadi. – Maklumat lanjut.
Sebelum memohon anda digalakkan untuk merujuk perkara penting seperti :
Jika anda mula faham dan ada pilihan tersendiri barulah boleh mula memohon.
Jika Berjaya anda akan ditempatkan ke institusi bekenaan dan belajar beberapa tahun mengikut keperluan kursus, kos pengajian tidaklah terlalu banyak bergantung kepada bagaimana anda mengurus kewangan nanti.