Permohonan KKTM, MJII dan IKM online 2018

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:
IKM Online
IKM Online

Satu permohonan KKTM, MJII dan IKM online dibuka kepada calon yang layak. Institut Kemahiran MARA ( IKM ), Kolej Kemahiran Tinggi Mara ( KKTM ) dan Mara Japan Industrial Institut ( MJII ) merupakan pilihan bagi yang berminat meneruskan pengajian dalam bidang kemahiran. Bidang kemahiran dilihat satu peluang baik untuk trend kini kerana ia mampu memberikan peluang pekerjaan yang cerah.

Individu yang berjaya menamatkan pengajian dalam institut kemahiran mempunyai nilai tambah dalam kemahiran sendiri hingga melayakkan untuk permohonan sektor pekerjaan. Selain itu, lepasan kemahiran tidak perlu tunggu lama bekerja kerana ilmu dan kemahiran sedia ada mampu diaplikasikan melalui perusahaan dan bekerja sendiri.

Syarat Kemasukan permohonan KKTM dan IKM Online

Syarat Am Sijil

  • Lulus SPM atau setara (Lepasan SPM)
  • Bagi SPM 2013 dan seterusnya wajib lulus subjek Sejarah
  • Bumiputera
  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 hingga 40 tahun
  • Sihat tubuh badan
  • Tidak buta warna (bagi kursus elektrik dan elektronik)
Info Tambahan :  FlySISWA 2023: Bantuan Penerbangan Pelajar Semenanjung-Borneo

Syarat AM Diploma

  • Lulus SPM atau setara (Lepasan SPM) Atau LULUS Sijil Kejuruteraan / Teknologi kejuruteraan IKM / Teknologi IKM dengan CGPA ≥ 2 (Permohonan lepasan IKM hanya memerlukan kepujian Bahasa Malaysia sahaja di peringkat SPM)
  • Bagi SPM 2013 dan seterusnya wajib lulus subjek Sejarah
  • Bumiputera
  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 hingga 40 tahun
  • Sihat tubuh badan
  • Tidak buta warna (bagi kursus elektrik dan elektronik)

Bantuan Kewangan

Jika menurut sumber, pengajian melalui MARA ini mempunyai bantuan kewangan, walaubagaimanapun demikian, bantuan kewangan ini kebiasannya bergantung pada permohonan tahun semasa.

  • Yuran Pengajian dibiayai oleh MARA
  • Elaun sara hidup disediakan oleh MARA
  • Bagi Pelajar Sabah dan Sarawak, MARA menyediakan tambang tiket kapal terbang pergi dan balik ke Semenanjung sekali sahaja semasa pengajian.
  • Bagi Pelajar Semenanjung, MARA menyediakan tambang tiket kapal terbang pergi dan balik ke Sabah atau Sarawak sekali sahaja semasa pengajian.
Info Tambahan :  Yayasan Bank Rakyat: Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) 2023

Untuk mendapat kepastian berkaitan bantuan kewangan, pemohon perlu bertanya terlebih dahulu sebelum membuat permohonan.

Pertanyaan :

Unit Pengambilan Pelajar,

Bahagian Kemahiran & Teknikal MARA,

Ibu Pejabat MARA, Jalan Raja Laut 50609 Kuala Lumpur

Telefon: 03-26134611/4612/4618/4605

Fax: 03-26914510

Cara Mohon IKM, KKTM, MJII

Permohonan adalah percuma kecuali jika memohon melalui sistem UPU. Untuk membuat permohonan percuma, anda perlu terus ke :

  1. Laman rasmi permohonan IKM Onlinehttp://apponline.mara.gov.my/spupim/
  2. Pastikan anda mendaftar pengguna baru untuk membuat permohonan.

Permohonan dibuka dari 11/9/2017 hingga 27/10/2017

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *