Permohonan Kolej Komuniti Juga Pilihan Bijak

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:
Kursus Membuat Coklat di Kolej Komuniti Bandar Tenggara
Kursus Membuat Coklat di Kolej Komuniti Bandar Tenggara

Satu permohonan dibuka iaitu permohonan Kolej Komuniti dibuka bagi mereka yang berhasrat menyambung pengajian dan mempunyai cita-cita tersendiri. Pemilihan Kolej komuniti ini juga merupakan pilihan bijak kerana ia adalah salah satu cara bagaimana untuk anda mendapatkan pengajian lebih tinggi hingga Diploma dan seterusnya. Pilihan ini tidak berapa popular tetapi ia juga mempunyai masa depan yang cerah tersendiri bagi mereka yang gigih berusaha.

Kolej komuniti ini adalah pusat pendidikan Awam yang mengutamakan pengajian berkonsepkan kemahiran berfokus. Pengajian di kolej Komuniti juga menawarkan pengajian di peringkat sijil dan diploma.

Jenis pengajian di Kolej Komuniti ini meliputi peringkat :

  • Kursus Pendek
  • Sijil Kolej Komuniti ( SKK )
  • Diploma Kolej Komuniti
Info Tambahan :  Kad Siswa 2023: Cara Untuk Dapat dan Faedah

Masa depan kerjaya

Belajar  di Kolej Komuniti, terdapat banyak cara sebenarnya untuk Berjaya dan mendapat pekerjaan cuma anda perlu gigih berusaha dan menamatkan pengajian serta mempunyai peribadi yang baik .

Mungkin anda boleh impikan :

  • Menamatkan pembelajaran dengan cemerlang untuk memohon tenaga pengajar di institute bekenaan ataupun di institute kelolaan individu atau swasta lain.
  • Menyambung pengajian di peringkat lebih tinggi
  • Berniaga sendiri berdasarkan kemahiran yang dipelajari
  • Mengambil upah dari kepakaran yang dipelajari
  • Bekerja dalam bidang kepakaran anda di institute Awam atau perniagaan individu lain
  • Membuat kelas kemahiran sendiri dan mengajar kepada awam dengan mengenakan yuran.
  • Dan banyak lagi..
Info Tambahan :  YPJ 2023: Permohonan, Syarat dan Panduan Lengkap

Permohonan Kolej Komuniti 2015

Bagi yang berminat, permohonan Kolej Komuniti dibuka dan anda boleh membuat permohonan di http://www.jpkk.edu.my/jpkk/  atau Mohon Disini .

Sebelum mendaftar, anda perlu tahu syarat kursus dan lokasi kursus yang anda minati :

Untuk pengetahuan, kebanyakan syarat layak memohon  adalah lepasan SPM.

Pastikan anda memohon no pin terlebih dahulu ( maklumat lanjut ). No pin itu digunakan untuk membuat permohonan, sekiranya anda tidak mempunyai no pin, anda tidak boleh untuk membuat permohonan.

1 thought on “Permohonan Kolej Komuniti Juga Pilihan Bijak”

  1. Pingback: Apa Itu Kolej Komuniti 2021

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top