Maklumat awal, pada pelajar yang berminat membuat permohonan Kolej Vokasional 2018. Permohonan juga dibuka bukan sahaja untuk kemasukan Kolej Vokasional tetapi juga termasuk permohonan ke sekolah teknik.
Kolej Vokasional
Kolej vokasional merujuk kepada sekolah-sekolah yang menawarkan latihan kemahiran berbanding pendidikan akademik. Di Malaysia, pendidikan jenis ini lebih ditumpukan kepada pelajar berpencapaian rendah. Walau bagaimanapun, dasar baru kerajaan telah mengangkat pendidikan vokasional ke tahap yang lebih tinggi dan tidak lagi dianggap sebagai pendidikan kelas kedua.
Sekolah Teknik
Sekolah teknik kebiasaannya memerlukan pencapaian akademik yang lebih baik. Mata pelajaran yang diajar di sekolah menengah teknik adalah lebih menjurus kepada teori berbanding praktikal. Pelajar-pelajar sekolah menengah jenis ini dibentuk supaya menjadi seorang jurutera atau memegang peranan besar dalam bidang mereka. Walau bagaimanapun, ada graduan sekolah menengah teknik yang menjadi mekanik misalnya, walaupun mereka mengambil jurusan kejuruteraan mekanikal. Antara subjek yang dimuatkan dalam silibus ialah fizik, kimia, biologi dan lukisan kejuruteraan. Subjek-subjek ini boleh berubah mengikut kursus.
Tarikh Permohonan Kolej Vokasional 2018 dan Sekolah Teknik
Murid Lepasan Tingkatan Tiga (3) Tahun 2017 yang menduduki Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dipelawa untuk memohon mana-mana program yang ditawarkan bagi Ambilan Januari 2018 seperti berikut :
Program Kolej Vokasional (menjurus kepada Diploma) di Kolej Vokasional KPM
Aliran Teknikal di 9 buah Sekolah Menengah Teknik (SMT) seluruh Malaysia
Program Kemahiran di :
- Kolej Vokasional KPM
- Wood Industry Skill Development Center (WISDEC)
- GIATMARA
Permohonan secara online dibuka mulai 10 Oktober 2017 hingga 20 Disember 2017.
Permohonan Online Kolej Vokasional & Teknik
Untuk maklumat lanjut berkaitan program, sila layari https://sptv.moe.gov.my/. Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi :
Bahagian Pendidikan Teknik & Vokasional
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 6, Blok E14, Parcel E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya
(u.p.: Unit Pengambilan & Pertukaran Murid di talianĀ 03-88845154 / 5088 / 5067 / 5089 / 5094)
Bidang yang ditawarkan
Terdapat banyak kursus yang menarik disediakan di pusat-pusat vokasional. Bagi sekolah menengah teknik, antara kursus yang ditawarkan ialah kejuruteraan mekanikal, kejuruteraan awam, kejuruteraan elektrik, perdagangan, ERT pengurusan makanan, sains pertanian dan sebagainya. Bagi aliran vokasional pula, kursus seperti automotif, elektrik dan elektronik, penyejukan dan penyamanan udara, amalan bengkel mesin, kimpalan, katering dan binaan bangunan ditawarkan di banyak sekolah/kolej vokasional.
Di samping itu, fesyen, seni kecantikan, pengurusan ladang, pengurusan perniagaan, pelancongan, perkhidmatan dan perkembangan kanak-kanak, bakeri, pengaturcaraan komputer, pengurusan teknologi pejabat, hortikultur hiasan dan lanskap serta kejenteraan ladang merupakan kursus-kursus lain yang terdapat bagi pelajar aliran vokasional.
Untuk aliran kemahiran pula, mekanik kenderaan motor, jurukerja paip, jurubina bangunan, pembuat perabot, pelukis pelan senibina, pelukis pelan mekanikal, juruteknik elektrik rendah, jurukimpal arka logam berperisai, juruteknik rendah elektronik industri – peralatan, mekanik teknologi elektronik radio dan video, pembantu penyedia makanan, pembuat pakaian wanita, pendandan rambut muda, jurukecantikan, pekerja am pertanian dan pemesin am adalah antara kursus yang paling menarik.
Kursus yang ditawarkan dalam pendidikan vokasional peringkat tinggi adalah lebih luas dengan pelbagai bidang baru diperkenalkan seperti fotografi, percetakan, hospitaliti, perkomputeran, pengaturcaraan perisian, teknologi permainan video, kecantikan, marin, kenderaan seperti lori dan motosikal, penyelenggaraan kapal terbang dan terapi sukan. Elektrik dan elektronik juga turut mempunyai cabang yang sangat luas.
One thought on “Permohonan Kolej Vokasional 2018 dan Sekolah Teknik”
Bukan senang juga nak bisnes dalam bidang kemahiran ni. Pesaingan sengit dah.