Satu info menarik untuk dikongsi mengenai permohonan ke Kolej Vokasional dan SM Teknik. Untuk yang berminat dan layak bolehlah mula membuat permohoanan untuk pengajian di Kolej Vokasional ataupun permohonan ke Sekolah Menengah Teknik untuk kemasukan Januari 2017.


Kedua-dua institusi ini memang terkenal dengan fokus pembelajaran kemahiran secara teori mahupun praktikal ini dilihat satu peluang yang baik untuk pelajar yang ingin melengkapkan diri dengan ilmu kemahiran yang lebih profesional.
Pengajian di Kolej vokasional adalah lebih bersesuaian untuk kemahiran kerana kemudahan yang disediakan mencukupi serta kursus yang ditawarkan juga pelbagai sesuai dengan kehendak pasaran akan datang.
Permohoanan Kolej Vokasional dan SM Teknik 2017
Untuk membuat permohoanan , anda boleh membuat secara online di Laman rasmi pengambila ( Maklumat Lanjut )
Sebelum membuat permohoanan anda perlu membaca dan fahami panduan yang disediakan.
Permohonan perlulah mengikut aliran yang disediakan iaitu :
- Murid Lepasan Pendidikan Asas Vokasional (PAV)
- Murid Lepasan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) – Aliran Perdana/ Akademik/ Agama
Perlu diingatkan, tarikh tutup permohonan ialah 20 Disember 2016
Pingback: Permohonan Kolej Vokasional 2018 dan Sekolah Teknik –Xpresi