Permohonan Kolej Vokasional, Diploma 2016

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Kerja

Satu Permohonan Kolej Vokasional dibuka ketika ini yang mana ia menarik untuk pelajar lepasan PT3 yang tidak berjaya melalui permohonan sebelum ini. Maklumat tawaran permohonan Kolej Vokasional ini adalah menjurus kepada Diploma Vokasional. Tawaran kursus yang disediakan juga amat menarik kerana ia melibatkan kerja kemahiran dalam industri yang juga mempunyai gaji yang baik. Ia bukan sahaja menawarkan kursus yang baik namun kemahiran yang dipelajari juga boleh diaplikasi untuk membuka perniagaan sendiri. Untuk pengetahuan, Permohonan Kolej Vokasional ini adalah bagi pengambilan di Institusi Latihan Kemahiran Swasta ( ILKS ).

Senarai ILKS yang terlibat

Dibawah ialah senarai ILKS yang terlibat :

  • KRU Academy, Cyberjaya , SELANGOR
  • Ranaco Marine , TERENGGANU
  • Enter Corridor Sdn. Bhd. , Klang, SELANGOR
  • PPKS Ilmu Sdn. Bhd., Kuching, SARAWAK
  • JT Akademi Sdn. Bhd., Kuching, SARAWAK
  • Septronic Skill Training Centre , Bukit Beruntung, SELANGOR
  • Auto Prima Technology Training Sdn. Bhd., Shah Alam, SELANGOR
  • Asia Pasific Flight Training (APFT) Maintenance Training Sdn. Bhd., Kota Bharu, KELANTAN
Info Tambahan :  15 Kerja Part Time Dari Rumah

Kemudahan Asrama

Asrama disediakan berdasarkan program dan ILKS yang akan ditawarkan serta bergantung kepada kapasiti asrama.

Syarat  Permohonan Kolej Vokasional ILKS

SYARAT UMUM

  • Calon adalah Warganegara Malaysia;
  • Calon mestilah murid yang bersekolah di Sekolah Kerajaan / Sekolah Bantuan Kerajaan di bawah kelolaan Kementerian Pendidikan Malaysia
  • Calon telah menduduki Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Tahun 2015 yang merangkumi Pentaksiran Pusat (PT3), Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Aktiviti Jasmani , Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) serta Pentaksiran Psikometrik (PPsi);
  • Calon sihat tubuh badan ;
  • Calon bebas daripada sakit kronik (masalah jantung, darah tinggi, kencing manis, sawan (epilepsy) dan lain-lain penyakit yang boleh mengehadkan murid daripada melaksanakan kerja amali);
  • Calon mestilah TIDAK RABUN/BUTA WARNA
  • Calon bebas daripada masalah mental ; dan
  • Calon berminat dengan program dipohon.

SYARAT KHUSUS

  • Calon memperoleh sekurang-kurangnya gred D bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan sekurang-kurangnya gred D bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup (Keputusan PT3); dan
  • Calon memperoleh sekurang-kurangnya Band 3 bagi mata pelajaran Bahasa Melayu,
  • Bahasa Inggeris, Sains, Matematik, dan Kemahiran Hidup (Pentaksiran Sekolah-PS)
Info Tambahan :  Temuduga Kerja 2023: Bagaimana untuk Bersedia?

Cara Memohon

Anda boleh membuat permohonan dengan mudah melalui online ( Permohonan Kolej Vokasional ) hanya memasukkan no kad pengenalan dan melengkapkan maklumat permohonan ( Penerangan bergambar cara memohon )

Apakah kursus yang ditawarkan?

Ada banyak pilihan kursus yang ditawarkan mengikut ILKS :

  • Teknologi Mekatronik (Robotik) – Lokasi Selangor
  • Collision Repair Reengineering Technician – Lokasi Selangor
  • Kesan Khas Visual – Lokasi Selangor
  • Animasi 2D – Lokasi Selangor
  • Penjanaan Kuasa Elektrik – Lokasi Sarawak
  • Subsea Welding Technology – Lokasi Sarawak
  • Oil & Gas Welding Technology – Lokasi Sarawak
  • Aviation (Ground Handling-Ramp Services) – Kelantan
  • Pengajian Nautikal – Terengganu
  • Teknologi Marin – Terengganu
  • Kejuruteraan Kapal – Terengganu

Sila lihat Info kursus penuh ( maklumat lanjut )

Carta Alir dan Tarikh penting permohonan

Permohonan Kolej Vokasional
Permohonan Kolej Vokasional

Info Penting Permohonan

  • Permohonan dibuka mulai 2 MEI 2016 hingga 12 MEI 2016.
  • Pemohon dinasihatkan merujuk ( Laman Permohonan ) dan Iklan Penuh untuk mendapatkan info berkaitan permohonan .
  • Temu bual akan dilaksanakan bagi semua kursus yang ditawarkan.
  • Sekiranya terdapat pertanyaan berkaitan pengambilan, sila hubungi Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional di talian 03 8884 5089 / 5067 / 5086 / 5088.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *