Ad Blocker Detected
Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.
Satu permohonan menarik bagi pelajar yang berminat menyertai bidang kemahiran dan profesional. Permohonan untuk ke Kolej Vokasional, SM Teknik, GIATMARA & WISDEC telah dibuka untuk kemasukan Januari 2019.
Permohonan
Makluman Permohonan
Berikut ialah maklumat berkaitan permohonan :
- Murid Lepasan Tingkatan Tiga (3) Tahun 2018 dipelawa untuk mengikuti Program Kolej Vokasional, Sekolah Menengah Teknik, GIATMARA & WISDEC Ambilan Januari 2019
Berikut merupakan program yang ditawarkan iaitu:
- Program Kolej Vokasional
- Aliran Teknikal
- Program Kemahiran di KV / GIATMARA / Wood Industry Skill Development Center (WISDEC)
Permohonan secara online dibuka mulai 15 Oktober hingga 20 Disember 2018.
Untuk maklumat lanjut berkaitan program, sila layari http: //www.moe.gov.my. Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi :
Bahagian Pendidikan Teknik & Vokasional
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 6, Blok E14, Parcel E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya
u.p.: Unit Pengambilan & Pertukaran Murid di talian 03-88845154 / 5088 / 5067 / 5089 / 5094)
Tarikh dan peristiwa penting permohonan
TARIKH PENTING | PERKARA |
15 Oktober hingga 20 Disember 2018 | Permohonan online dibuka https://sptv.moe.gov.my/ |
4 Januari hingga 17 Januari 2019 | Sesi temubual & pemilihan |
18 Januari hingga 22 Januari 2019 | -Bagi murid Aliran Perdana, semakan tawaran bagi pemohon online di laman sesawang KPM
-Bagi murid Aliran PAV, surat tawaran akan diserahkan kepada guru SMK PAV oleh KV yang terlibat |
23 Januari 2019 | Pendaftaran Murid Tingkatan 3 Lepasan PBS 2018 (Aliran Perdana) |
24 Januari hingga 28 Februari 2019 | Rayuan / Walk-in Murid Tingkatan 3 Lepasan PBS 2018 ke mana-mana KV/SMT/GIATMARA/WISDEC |
12 Februari 2019 | Pendaftaran Murid Tingkatan 3 Lepasan PAV 2018 (Aliran PAV) |
13 Februari hingga 28 Februari 2019 | Rayuan / Walk-in Murid Tingkatan 3 Lepasan PAV 2018 ke GIATMARA / WISDEC |
*Walk-in / rayuan bergantung kepada kekosongan tempat & syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Ahli Jawatankuasa Pemilihan Murid