Permohonan KPLI Akan Dibuka Jelas KPM

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Satu berita yang menarik untuk dikongsi untuk lepasan Ijazah yang berminat menjadi guru. Permohonan KPLI akan dibuka sekiranya berlaku kekurangan guru. Begitulah kenyataan Timbalan Menteri Pendidikan II, Datuk Chong Sin Woon selepas merasmikan Konvensyen Pendidikan Persatuan Kebangsaan Guru-guru Besar 2017 di Georgetown baru-baru ini.

Permohonan KPLI
Permohonan KPLI – Foto Sinar Online

Menurutnya, KPLI akan dilaksanakan untuk kesemua jenis sekolah termasuk sekolah kebangsaan kemungkinan lima tahun akan datang. Bagaimanapun, untuk tahun lalu dan tahun ini, negara tidak berdepan masalah itu kerana jumlah guru yang ada kini mencukupi untuk memenuhi kekosongan di semua sekolah.

“Kita juga menjangkakan masalah kekurangan guru tidak akan berlaku pada tahun hadapan. Cuma sepanjang tahun, ada guru yang bersara, cuti sakit, bersalin dan sebagainya menyebabkan kekosongan, itu lumrah. Kementerian tidak boleh melatih guru terlalu ramai sebagai guru simpanan.

Sebab itu kita buat unjuran untuk meletak guru yang diperlukan (tidak akan diisi sepenuhnya sepanjang tahun) – Timbalan Menteri Pendidikan II, Datuk Chong Sin Woon.

Cara Permohonan KPLI

Permohonan KPLI telah hampir 4 tahun tidak dibuka. Jika mengikut rekod sebelumnya, permohonan akan dibuka bila siaran media di keluarkan melalui akhbar atau laman rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia KPM sendiri.

Info Tambahan :  Biasiswa SPM dan Setaraf: 5 Senarai dan Tips

Jika mengikut rekod lepas, permohonan dibuka secara online memerlukan pemohon membeli PIN akses permohonan.

Syarat permohonan pula mewajibkan pemohon mempunyai Ijazah Sarjana Muda berkaitan dengan bidang permohonan yang ingin dipohon. Seperti biasa ujian Mtest dan temuduga pastinya akan dilaksanakan bagi memilih pemohon yang betul-betul berpewatakan seperti guru serta mempunyai minat yang mendalam dalam bidang pendidikan.

Kursus Perguruan Lepasan Ijazah ( KPLI )

Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) ialah kursus yang ditawarkan oleh Bahagian Pendidikan Guru (BPG), Kementerian Pelajaran Malaysia untuk memberi peluang kepada graduan-graduan yang memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam pelbagai bidang untuk menceburi profesion perguruan bagi menampung kekurangan guru. Kursus ini dijalankan selama setahun di maktab-maktab perguruan di seluruh Malaysia.

Syarat Dan Kelayakkan

Mengikut rekod permohonan sebelum ini, syarat permohonan KPLI adalah :

  • Warganegara malaysia
  • Sihat fizikal dan mental
  • umur tidak lebih 35 tahun
  • Memiliki ijazah yang di iktiraf dari IPTA/IPTS
  • kepujian bahasa melayu(SPM)/SPMV lulus ujian lisan @ prinsipal bahasa melayu peringkat STPM
  • Lulus bahasa inggeris SPM/SPMV
Info Tambahan :  11 Panduan Terbaik Untuk Skor dalam Biasiswa

Syarat Tambahan

  • Memiliki ijazah.PGNK 2.75 ke atas
  • Aktif ko-kurikulum
  • Memiliki ijazah yang bersesuaian dengan subjek yang di pohon
  • Pengalaman mengajar akan diutamakan

Sekiranya KPLI dibuka kelak, pastinya syarat permohonan dan cara memohon akan berubah. Jika dilihat komen di facebook kebanyakan masih membantah kewujudan KPLI ini kerana masih berlaku lambakan graduan pendidikan yang masih menunggu ditempatkan. Seperti yang digambarkan, perlaksanaan KPLI semula ini akan dibuat sekiranya berlaku kekosongan guru untuk lima tahun akan datang. Kemungkinan ia benar-benar belaku atau sekadar percaturan diatas kertas melalui data yang dibekalkan.

Apapun yang diputuskan, pastinya kewujudan KPLI ini memberi kelebihan dan kekurangan tersendiri. Kelebihan yang jelas adalah untuk mengurangkan kadar penganguran lepasan Ijazah tetapi sebaiknya graduan ijazah pendidikan perlulah diutamakan terlebih dahulu kerana garduan pendidikan telah mempunyai pengajian pedagogi pendidikan dan subjek pendidikan yang lain.

7 thoughts on “Permohonan KPLI Akan Dibuka Jelas KPM

      1. HARAP KPLI DIBUKA, SEBAB CITA-CITA MEMANG NAK JADI CIKGU.. TETAPI BECAUSE OF CERTAIN THINGS CANNOT MASUK MAKTAB.. JADI PILIH MASUK U.. HARAPAN HABIS DEGREE NAK APPLY INTERIM OR KPLI NI LA.. MOGA KPM BUKA SEMULA KPLI AND INTERIM.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *