Permohonan KPLSPM Maktab Perguruan PISMP 2012

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

IPG 2012

[highlight]Update 30 April 2012 : Semakan Panggilan Temuduga Maktab Perguruan PISMP 2012[/highlight]

Bagi calon lepasan SPM sebelum ini menantikan permohonan ke maktab perguruan atau KPLSPM yang mana kini dipanggil PISMP 2012, iklan permohonan telahpun dibuka untuk tindakan pemohon.

Sebelum ini, program yang dahulunya dipanggil maktab perguruan, ditukar ke Kursus Perguruan Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia KPLSPM dan kini dipanggil Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)

Oleh demikian, Kementerian Pelajaran Malaysia Memperlawa lepasan SPM yang berminat untuk memohon mengikut maklumat yang disertakan dibawah :

 Maklumat Program:

 Nama Program: Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)

Jenis Ijazah: Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujuan

Mod Kursus: Sepenuh Masa

Struktur Program

 Program Persediaan: Lapan Belas Bulan (tiga Semester)

Program Ijazah: Empat Tahun (Empat Semester)

 Syarat dan Kelayakan Asas

  • Warganegara Malaysia.
  • Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2012 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 1992.
  • Calon hendaklah sihat fizikal dan mental.
  • Calon hendaklah aktif dalam kegiatan kokurikulum.
  • Mempunyai kelayakan akademik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan cemerlang dalam mana-mana tiga mata pelajaran. DAN sekurang-kurangnya kepujian dalam tiga mata pelajaran berikut:
  • Bahasa Melayu, Sejarah, Satu mata pelajaran yang lain serta ; lulus Bahasa Inggeris, Memenuhi syarat dan kelayakan khusus bidang pengajian yang dipohon (Rujuk e-Panduan Permohonan).

 Program Pengajian Yang Ditawarkan

 Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP).

Program ini dikhususkan untuk melatih guru-guru di Institut Pendidikan Guru (IPG)/Maktab Perguruan dan institusi-institusi lain yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dalam pelbagai bidang bagi keperluan di sekolah rendah.

Sebagai prasyarat, calon dikehendaki mengikuti Kursus Persediaan selama lapan belas bulan di institut berkenaan yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Calon perlu lulus Kursus Persediaan sebelum ditawarkan untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISM) selama empat tahun di Institut Latihan Perguruan yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

 Bidang Pengkhususan yang Ditawarkan

1.  Sekolah Kebangsaan (SK)

2.  Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC)

3.  Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT)

CARA MEMOHON

  • Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) dengan melayari laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia (www.moe.gov.my) mulai 22 Mac 2012
  •  atau terus ke SISTEM PERMOHONAN PISMP 2012 

  • Permohonan dalam talian boleh dibuat dengan menggunakan Nombor Pengenalan Individu (PIN) yang boleh dibeli di Bank Simpanan Nasional di seluruh negara mulai 22 Mac 2012 dengan bayaran RM 6.00 (Ringgit Malaysia Enam sahaja) melalui saluran kaunter, mesin ATM, Perbankan Internet dan Perbankan Sistem Maklumat Ringkas (SMS). Pembelian nombor PIN melalui saluran mesin ATM, Perbankan Internet dan Perbankan Sistem Maklumat Ringkat (SMS) adalah bagi pemohon yang mempunyai akaun dengan Bank Simpanan Nasional.
  • Pemohon juga dinasihatkan melayari laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia bagi mendapatkan maklumat iklan, bidang pengkhususan dan gred minimum serta kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan.
  • Calon dibenarkan mengemukakan SATU permohonan sahaja.
  • Calon boleh menggunakan nombor PIN yang sama untuk membuat pindaan butiran kepada permohonan yang telah dihantar. Pindaan butiran permohonan dihadkan tiga kali sahaja dan hendaklah dibuat sebelum tarikh tutup permohonan.
  • Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.

Tarikh Tutup Permohonan

Tarikh tutup permohonan secara online adalah pada 5 April 2012.

Makluman dan Perhatian

  • Calon yang dipanggil temu duga dikehendaki menduduki ujian Inventori Sahsiah Keguruan (INSAK) semasa menghadiri temu duga.
  • Pemilihan calon untuk mengikuti kursus perguruan adalah bergantung kepada kedudukan pencapaian merit skor akademik, prestasi dan temu duga dan keputusan ujian INSAK. Keputusan oleh Jawatankuasa Pemilihan adalah muktamad.
  • Kementerian Pelajaran Malaysia berhak menawarkan program atau bidang pengajian bukan pilihan dan menempatkan calon yang berjaya di mana-mana Institut Pendidikan Guru (IPG).
  • Calon dinasihatkan menyemak status permohonan mereka dari semasa ke semasa untuk status panggilan temu duga dan juga tawaran ke IPG yang ditetapkan.
  • Tiada surat menyurat dikeluarkan untuk panggilan temu duga. Segala perbelanjaan dan risiko menghadiri temu duga adalah tanggungjawab calon sendiri.
  • Surat tawaran rasmi bagi calon yang berjaya akan diserahkan di IPG yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia setelah calon melapor diri di IPG.

Diharapkan maklumat bekenaan permohonan KPLSPM 2012 atau PISMP perguruan ini memberikan berita gembira kepada yang ingin memohon dan layak memohon.

Muat Turun/ Download Iklan Penuh KPLSPM / PISMP 2012 KLIK SINI

0 0 vote
Article Rating
Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:
Subscribe
Notify of
guest
199 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
nurul syafika binti mat sani
Guest
7 years ago

cye baru lepas mendapat keputusan
results cye kebanyakkan kreadit…
boleh kew cye memohon?

atika
atika
Guest
7 years ago

askum sy baru tahun 2011 abz stpm dan sudh mndapat kputusan stpm..mcm mna sy nk mohon maktab ni?bilakah masa permohonan 2013 akan dibuka?

Thaqifah
Thaqifah
Guest
7 years ago

Assalamualaikum,
Saya baru sahaja selesai menduduki SPM 2012 buat kali pertama, bila pula saya boleh momohon ke IPG? dan jika saya ini calon persendirian, adakah ada perkara tambahan yang saya perlu tahu?
Tahun depan mulai April saya akan berumur 19 tahun, saya layak kan?

QStaff2
Editor
Reply to  Thaqifah
7 years ago

Waalaikumussalam, fresh SPM tahun 2012 memang layak. Untuk permohonan ke IPG tu kne tunggu keputusan keluar nanti. Pengambilan menggunakan cara baru kini.. Apa2 pun kne tunggu sikit masa lagi.

Grace
Grace
Guest
7 years ago

I am pursuing an Education programme – Teaching English as the Second Language (TESL) at University Malaya (UM). May I know is there any other way for me to transfer to Maktab Perguruan PISMP since I am presently 20-year-old? Who should i refer to? I am really need help because it is all about my future. Anyone ?

yaal
yaal
Guest
7 years ago

apa syarat kemasukan kalau nak join buat degree dalam bidang music????

muhammad noor hadi
muhammad noor hadi
Guest
7 years ago

ada permohonan online lagi tak selepas ambilan jun ??

QStaff1
Editor
Reply to  muhammad noor hadi
7 years ago

Tidak ada..kena tunggu tahun depan..itupun kalau memenuhi had umur ditetapkan

kamal
Guest
7 years ago

sekarang saya 21 tahun dan SPM hanya sekadar credit. Boleh saya buat permohonan maktab ini..?

B.Nageswary
B.Nageswary
Guest
7 years ago

Hai, saya pelajar lepasan diploma. Boleh saya tahu bila tarikh seterusnya untuk permohonan.

Suzanne
Suzanne
Guest
7 years ago

I’m a spm student for 2012. When is the opening date for next year submition? I really do want to apply.

azah atira
azah atira
Guest
7 years ago

bila permohonan akan dibuka semula….blh bg tarikh???

vighneswary
vighneswary
Guest
8 years ago

sekarang boleh buat permohonan sebablepasan foundation in science

jivajothi
Guest
8 years ago

i also nak join ?

farah
farah
Guest
8 years ago

sye dpat 1A 2A- 1B+ 3C 3D
,D sye bi..bleh dpt temuduga x?

sha
sha
Guest
8 years ago

hi i pelajar lepasan spm 2008 i nak tanya boleh tak i apply. i ada diploma dlm bidang lain.

mellyn
mellyn
Guest
8 years ago

lagi pom skarang sye sdang study kt uia…boleh x???

mellyn
mellyn
Guest
8 years ago

salam…sye dapat 5A 3B 2C 1D….agak2 dapat x??? n saye calon spm 2010….boleh x???

ayu
ayu
Guest
8 years ago

askum . kalau mcm contoh calon ulangan paper julai boleh memohon kea ? bila lagi permohonan akan dibuka sekiranya saya repeat paper nnti ?

Nurulthaqifah
Nurulthaqifah
Guest
8 years ago

Tarikh pemohonan secara on9 telah ditutup. bolekah permohonan dibuat secara manual?. saya lepasan matrik. dan sekarang mengambil ijazah sarjana muda di UTM skudai. tetapi lebih berminat menjadi seorang guru. harap dapat bantu memberi info dimana untuk memohon secara manual. saya menetap di Johor. dan ingin melanjutkan plejaran di Maktab Temenggong Ibrahim. Mendapat kelulusan SPM Matematik Tambahan A1, Bm A1, Matematik Modern A1, Agama A1, Sejarah A2, Bahasa Inggeris B3, Kimia B4. Di matrikulasi. mengambil jurusan sains fizikal mendapat keputusan Math B, Kimia B, Fizik B. Saya ingin memohon kos  Bachelor of Teaching (Hons) (Mathematics for Primary Education) di Maktab Temenggong Ibrahim.  saya… Read more »

QStaff1
Editor
Reply to  Nurulthaqifah
8 years ago

Maaflah..ia dah ditutup

Nurulthaqifah
Nurulthaqifah
Guest
8 years ago

tarikh pemohonan secara on9 telah ditutup. jadi bole buat secara manual atau tidak. saya lepasan matrik. dan sekarang mengambil ijazah sarjana muda di UTM skudai. tetapi lebih berminat menjadi seorang guru. harap dapat bantu memberi info dimana untuk memohon secara manual. saya menetap di johor. dan ingin melanjutkan plejaran di maktab temenggong ibrahim.

beh
beh
Guest
8 years ago

Salam,
saya nak tanya,apakah bahasa yang digunakan semasa temuduga dijalankan terutamanya di “institut pendidikan guru kampus ipoh”.
sebab saya nak buat persediaan semasa menunggu semakan panggilan temuduga.
terima kasih untuk menjawab soalan saya.
🙂

QStaff1
Editor
Reply to  beh
8 years ago

Guna 80% bm..tapi kemungkinan ada 20% BI.. tapi bagi kursus tesl pastinya 100% BI

Chan Yuen Kun
Guest
8 years ago

Tolong update tentang PISMP spt temu duga,tarikh intake…etc…TQ.

wan anis yasmin
wan anis yasmin
Guest
8 years ago

bila bole tau result nie?

FAIZ
FAIZ
Guest
8 years ago

as salam,,tarikh keputusan temuduga akan diberitahu pada 30. april. 2012.. hope bersabar n bnyk2 berdoa kt Allah ok.. =)
lg satu,, sape yg dh terlepas tu,,sy rasa mmg dh xda harapan kot..so kena tnggu taun dpn la..

semoga kita sentiasa bersyukur dgn apa yg ada =)

Chan Yuen Kun
Reply to  FAIZ
8 years ago

Tunggu lagi tahun depan? Matrik x dpt klau ni x dpt jugak STPM lar jawabnya kan?

Chan Yuen Kun
Guest
8 years ago

bahasa melayu=A
bahasa inggeris=A+
pendidikan moral=A-
sejarah=A-
mathematics=A+
additional mathematics=A-
physics=B+
chemistry=B+
biology=B+
Result camni okay x? Terima kasih kerana menjawab.

Chan Yuen Kun
Reply to  fiziesss
8 years ago

Sebenarnya saya lebih minat untuk ajar BM dan BI…….

Chan Yuen Kun
Reply to  Chan Yuen Kun
8 years ago

Saya tak layak pun utk temuduga PISMP…..>.<

Chan Yuen Kun
Guest
8 years ago

Saya dah sign up.Macam mana nak check sama ada saya dipilih untuk menghadiri temu duga dan bila temu duga tersebut?

elizabeth
elizabeth
Guest
8 years ago

bila b0leh cek hb tmuduga…?

nabila
nabila
Guest
8 years ago

macam mana nak semak status permohonan untuk temuduga?

niki
niki
Guest
8 years ago

salam…sye da mendaftar kursus perguruan …
tp sye takut klau x dpt ….
sbb result sye bm B+,bi d,sj B+,sains A-,math B,tassawur B,seni B+,
pd D,agama B…koko sye D….sye teringin sngt nk jd guru dlm bidang seni…adakah sye layaK?????

rafizal
rafizal
Guest
8 years ago

bila akan dibuka semula borang permohonan ? agak2 dlm tahun ini ada tak ?

norsyuhada
norsyuhada
Guest
8 years ago

ASSALAM…SY SYUHADA DR PERAK NAK TANYA BAGI PLAJAR LEPASAN SPM THUN 2012 YG IGIN MGISI BORANG IPG TTPI TARIKH TLAH DITTUP..ADAKAH SLEPAS KMSUKAN JUN ..ADA LG TARIKH DIBUKA UNTUK MGISINYA..

199
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x