

Borang KEMAS dan Satu permohonan kursus Taska / Tabika KEMAS telah dibuka. Tawaran adalah bagi permohonan mengikuti Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-kanak ( Tabika/ Taska ) KEMAS untuk tahun 2016 ini. Permohonan ini sesuai bagi calon yang berminat untuk belajar dan terlibat dalam bidang pendidikan dan asuhan kanak-kanak anjuran KEMAS. Tidak semua yang berminat boleh memohon, dibawah disertakan syarat pemohon :
Syarat dan Kelayakan
- Warganegara Malaysia;
- Berumur tidak kurang dari 21 tahun dan tidak melebihi 35 tahun pada tarikh tutup iklan;
- Terbuka kepada lelaki dan perempuan;
- Pemohon mestilah memiliki kelayakan akademik seperti berikut :-
(a) Diploma yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya (keutamaan kepada calon yang memiliki Diploma dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-kanak); dan
(b) Kepujian Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
- Kakitangan bertaraf tetap dan lulusan Kolej Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) tidak layak untuk memohon jawatan ini;
- Hanya calon yang telah menamatkan pengajian di peringkat diploma dan telah bergraduasi sahaja dibenarkan memohon.
Maklumat Asas Kurus
- Tempat : Institut/ Pusat Latihan KEMAS
- Tempoh : Tiga (3) atau Enam (6) bulan atau tertakluk kepada perubahan yang ditetapkan oleh Jabatan
Bagaimana Memohon?
Bagi yang berminat dan memenuhi syarat permohonan yang ditetapkan bolehlah mengisi borang permohonan yang disediakan ( Borang Kemas ) ,
Sila Isikan semua maklumat dengan jelas, tepat dan lengkap mengikut butiran yang dikehendaki seperti dalam borang berkenaan dan kemukakan permohonan tersebut kepada salah satu alamat yang dinyatakan.
Tarikh tutup Permohonan
Perlu diingatkan bahawa permohonan akan ditutup pada 11 Januari 2016, oleh itu bagi yang berminat diminta segera membuat permohonan.
Penting :
- Hanya calon yang layak sahaja akan dipanggil untuk sesi temu duga.
- Calon-calon yang tidak dihubungi selepas lapan belas (18) bulan daripada tarikh tutup iklan dianggap tidak berjaya. Surat pemberitahuan mengenai perkara ini tidak akan dikeluarkan oleh Jabatan.
Maklumat Lanjut dan pertanyaan
Untuk memberikan gambaran lebih jelas dan pertanyaan, adalah baik anda ke Laman Rasmi Permohonan atau merujuk iklan permohonan.pdf .
Semoga permohonan anda berjaya dan memberikan lembaran baru dalam bidang penjagaan kanak-kanak.