Permohonan Maktab Tentera Diraja MTD 2017

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:
Permohonan Maktab Tentera Diraja MTD,
Permohonan Maktab Tentera Diraja MTD, sumber : rmc.edu.my

Satu permohonan Maktab Tentera Diraja MTD dibuka untuk tahun 2017 nanti. Permohonan telah dibuka kini dan bakal berakhir november nanti. Permohonan ini dibuka kepada pelajar tingkatan 3 tahun ini iaitu 2016 yang sedang bersekolah. Kemasukan adalah untuk sesi pembelajaran tingkatan 4 tahun hadapan 2017. Pastinya anda perlu melepasi tapisan-tapisan tertentu selain dari membuat permohonan online.

Sumber foto : rmc.edu.my
Sumber foto : rmc.edu.my

Maktab Tentera DiRaja (MTD) Sungai Besi cukup sinonim dengan pelbagai sejarah kecemerlangan, baik dari segi pencapaian akademik, kemantapan disiplin mahupun ketangkasan pelajar dalam pelbagai aktiviti ko-kurikulum dan sukan.

Sejarah kecemerlangan putera bermula sebaik sahaja mereka menjejakkan kaki di bumi MTD. Kehidupan yang dilalui oleh setiap putera dipenuhi dengan kitaran hidup yang berjadual dan displin yang mantap serta penuh dengan budaya hidup ala ketenteraan. Yang junior diajar oleh senior cara menyesuaikan diri dengan kehidupan di MTD sambil dipantau oleh jurulatih-jurulatih dari berbagai kepakaran dalam perkhidmatan ATM. Segala aktiviti yang dilakukan bersama untuk menerap nilai kerjasama dalam kumpulan dan semangat setia kawan bagi memastikan matlamat utama pernubuhan MTD tercapai iaitu melahirkan bakal-bakal pemimpin masa hadapan.

Video Pengenalan MTD

Permohonan Maktab Tentera Diraja MTD

Tawaran Kemasukan Ke Tingkatan Empat Sesi Pengajian 2017 – 2018

Info Tambahan :  6 Langkah Mudah Semak Lebihan Bayaran PTPTN

Tawaran terbuka kepada pelajar lelaki Tingkatan Tiga Tahun 2016.

Syarat-syarat kemasukan

  • Warganegara Malaysia.
  • Jantina – Lelaki.
  • Tinggi Minimum – 152 sm.
  • Berat Minimum – 40.5 kg.
  • Body Mass Index (BMI) – 18 hingga 27.
  • Ukuran dada 74 sm (biasa) dan 79 sm (tarik nafas)
  • Penglihatan – baik dan tidak rabun warna. (Jika berkaca mata hendaklah tidak melebihi 6/12).
  • Sihat tubuh badan dan tidak berpenyakit yang boleh memudaratkan diri jika melakukan aktiviti lasak.
  • Memperolehi keputusan yang baik di dalam peperiksaan (Pentaksiran Tingkatan Tiga) PT3 Tahun 2016 termasuk subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Permohonan boleh dibuat namun keputusan sama ada layak menghadiri temuduga hanya akan dimaklumkan selepas keputusan PT3 diumumkan.
  • Keutamaan diberi kepada calon yang aktif dalam sukan, kelab, persatuan, pasukan beruniform dan muzik.
  • Calon-calon yang layak akan dimaklumkan status permohonan mereka melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).
  • Sesi temuduga bagi calon-calon dari Semenanjung Malaysia akan diadakan pada minggu kedua Januari 2017, manakala bagi calon-calon dari Sabah dan Sarawak akan diadakan pada minggu ketiga Januari 2017.
  • Hanya calon yang berjaya dalam temuduga akan ditawarkan mengikut pengajian bagi Tingkatan 4 di MTD tahun 2017.
  • Sepanjang tempoh pengajian, pelajar tidak dikenakan sebarang bayaran (kecuali yuran PIBG, yuran kecemerlangan akademik, insuran dan kebajikan). Semua kemudahan yang disediakan adalah diberi secara percuma yang meliputi sajian, penginapan, buku teks, buku kerja, buku tulis dan alat tulis serta uniform. Selain itu, pelajar juga akan diberikan elaun wang saku sebanyak RM100.00 pada tiap-tiap bulan.
Info Tambahan :  Cara Beli Pin UPU 2024/2025

Carta Alir Permohonan

Sumber : rmc.edu.my
Sumber : rmc.edu.my

Cara Memohon MTD 2017

  1. Permohonan Online boleh dibuat di laman web rasmi http://www.rmc.edu.my/ atau borang online MTD http://connect4m.rmc.edu.my/Admin/OnlineAdmissionForm.aspx
  2. Tarikh tutup permohonan ialah pada 30 November 2016

Pertanyaan Lanjut

Anda disarankan untuk merujuk Iklan penuh permohonan dan menghubungi Sel Pemilihan MTD di talian telefon 03-89465565/03-89655562.

Semoga permohonan anda berjaya dan meneruskan apa yang diimpikan anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *