Satu peluang yang menarik untuk dikongsi, permohonan Master pendidikan UKM telah dibuka sehingga 31 Disember ini. Program Sarjana ( Master ) ini adalah satu peluang ijazah lajutan sedia ada bagi kelebihan kepada calon yang sedang bekerja dengan pelaksanaan waktu cuti sekolah. Tawaran kursus juga banyak dan menepati banyak pilihan. Tempat kursus juga bersesuaian iaitu satu di bahagian pantai timur semenanjung iaitu di Kelantan, pantai barat di UKM sendidi dan di Sarawak.
Tujuan Program Master Pendidikan UKM
Program ini bertujuan untuk menawarkan kursus sarjana pendidikan laluan khas kepada para pendidik melalui pakej khusus. Objektif program adalah seperti berikut:
- Meningkatkan akses kepada pendidikan tinggi pasca ijazah pertama kepada para pendidik dan pegawai pendidikan dengan kos yang berpatutan.
- Menawarkan program sarjana pendidikan kepada para pendidik dan pegawai pendidikan tanpa perlu memohon cuti pengajian.
- Meningkatkan penguasaan pengetahuan asas dan kemahiran khusus yang relevan dalam bidang pendidikan.
- Meningkatkan kemampuan penyelidikan berasaskan sekolah.
Struktur Pelaksanaan Program
- Program Bentuk Mod C
- Kerja Kursus dan Projek Penyelidikan
KERJA KURSUS
- 5 Kursus Teras Fakulti (13 Unit)
- 5 Kursus Pengkhususan (15 Unit)
- 2 Kursus Pilihan (6 Unit)
PROJEK PENYELIDIKAN
- Kertas Projek I (3 Unit)
- Kertas Projek II (3 Unit)
Kursus Yang ditawarkan
1. Bimbingan dan Kaunseling
2. Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) 3. Kurukulum dan Pedagogi 4. Pendidikan Khas 5. Pendidikan Bahasa Melayu 6. Pendidikan Islam 7. Pendidikan Sains 8. Pendidikan Perniagaan dan Keusahwanan 9. Pengurusan Sukan |
10. Pentadbiran Pendidikan
11. Sosiologi Pendidikan 12. Pendidikan Sejarah 13. Pendidikan Matematik 14. Psikologi Pendidikan 15. Psikologi Sosial dlm Pendidikan 16. Pendidikan Prasekolah 17. Penilaian dan Pengukuran 18. Pendidikan Ekonomi |
Jam Kredit
Tempat Pengajian
- IPTAR KOTA SAMARAHAN SARAWAK
- IPG KOTA BHARU KELANTAN
- FAKULTI PENDIDIKAN UKM
Jadual Pembayaran dan Kos
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut ada dinasihatkan rujuk Iklan penuh dan hubungi:
PROF. MADYA DATUK DR MUHAMMAD HUSSIN
PENGETUA
KOLEJ KERIS MAS
43600 UKM BANGI
Phone: 011-52205099
Faks: 03-89214009
Email: [email protected]
Facebook: Koperasi Siswazah Bangi