Permohonan Matrikulasi 2016

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

LOGO+KPM+2013+-+12

Sudahkah anda membuat permohonan matrikulasi 2016 dan sebenarnya permohonan matrikulasi 2016 ini telahpun dibuka sejak 1 julai lagi. Jika anda hari ini baru mengetahui permohonan matrikulasi ini telah dibuka bermakna anda terlewat mengetahui berita semasa dan paling penting ia adalah melibatkan masa depan anda. Walaubagaimanapun, anda masih berpeluang untuk membuat permohonan matrikulasi kerana ketika ini ia masih dibuka.

Untuk pengetahuan, permohonan matrikulasi 2016 ini telah dibuka sejak 1 Julai lagi dan akan berakhir pada 10 Oktober 2015 ini. Permohonan ini adalah dibuka untuk pelajar tingkatan 5 tahun ini. Sebenarnya pihak kami telahpun mengeluarkan berita permohonan matrikulasi selang beberapa hari selepas ia dibuka. Cuma untuk kali ini kami tertarik untuk memperingati semula kepada pelawat/ pelajar tingkatan 5 yang masih lagi belum mengetahui atau terlepas makluman sebelum ini. Ini disebabkan dari email pertanyaan yang dihantar kepada kami bertanyakan bila permohonan matrikulasi boleh dibuat.

Info Tambahan :  Cuti Sabatikal: Apa Itu dan 3 Cara Bagaimana

Dibawah kami sediakan sedikit ringkasan dalam permohonan matrikulasi 2016 ini :

Permohonan Permohonan Matrikulasi 2016/2017
Tarikh dibuka Permohonan  1 Julai 2015
Siapa yang boleh memohon Pelajar tingkatan 5 tahun 2015
Matematik tambahan Kesemua Jurusan ( Sains, perakaunan, teknikal ) dalam matrikulasi memerlukan pemohon mengambil subjek matematik tambahan.
Jurusan di Matrikulasi Sains, perakaunan dan  teknikal
Syarat Kelayakan Minimum Maklumat lanjut
Program dua tahun Maklumat lanjut
Cara permohonan Hanya melalui internet
Tarikh tutup 10 Oktober 2015
Semakan Permohonan Awal atau pertengahan bulan Februari 2016
Semakan Keputusan Awal atau pertengahan bulan April 2016
Rayuan Dibuka selama dua (2) minggu bermula dari tarikh pengumuman keputusan permohonan.
Info Tambahan :  Chevening Scholarship 2023 Dibuka Ogos

Kelayakan Untuk membuat permohonan Matrikulasi 2016

Jurusan dalam matrikulasi
Jurusan dalam matrikulasi

Sekiranya anda telahpun memenuhi syarat kelayakan memohon, bolehlah anda membeli no pin di Bank Simpanan Nasional BSN berdekatan anda.

Selapas pin telah dibeli, anda bolehlah membuat permohonan online yang disediakan ( Permohonan matrikulasi 2016 )

Pertanyaan lanjut

Adalah lebih baik jika anda terus membuat pertanyaan ke bahagian matrikulasi ataupun layari aplikasi permohonan matrikulasi 2016, terdapt juga panduan memohon dan pelnagai lagi maklumat penting berkaitan permohonan. Semoga permohonan matrikulasi 2016 anda akan Berjaya.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top