Permohonan Matrikulasi 2017/2018

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:
Semakan Tawaran Matrikulasi

PERMOHONAN MATRIKULASI

Bagi yang layak, permohonan Matrikulasi dibuka bermula 1 Julai ini. Permohonan ini dibuka bagi pelajar yang ingin meneruskan pengajian ke matrikulasi untuk tahun hadapan iaitu 2017. Pengajian matrikulasi ini adalah untuk sesi 2017-2018.

Pengkhususan yang ditawarkan termasuk 2 jurusan dan 1 aliran :

  • Jurusan Sains
  • Jurusan Perakaunan
  • Aliran Teknikal.

Syarat permohonan matrikulasi

  • Pemohon mesti berumur tidak lebih 20 tahun pada 1 Januari 2017
  • Pemohon mesti mendaftar mata pelajaran berikut dalam peperiksaan SPM tahun 2016

Jurusan Sains

Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik, Matematik tambahan, Kimia dan salah satu mata pelajaran berikut iaitu fizik atau biologi.

Jurusan Perakuanan

Bahasa Melayu, Bahasa inggeris, sejarah, matematik dan matematik tambahan. Permohonan juga perlu mengambil mana-mana dua matapelajaran berikut.

Prinsip perakaunan/ ekonomi asas/ Perdagangan/ Pengajian keusahawanan/ sains/ sains tambahan/ fizik/ kimia/ biologi/ pengajian kejuruteraan awam/ Pengajian kejuruteraan mekanikal/ Pengajian kejuruteraan elektrik & elektronik/ Teknologi kejuruteraan/ Lukisan kejuruteraan.

Aliran teknikal

Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik, Matematik tambahan, Kimia, fizik dan 1 daripada matapelajaran berikut :

Prinsip perakuanan/ Ekonomi asas/ perdagangan/ pengajian keusahawanan/ biologi/ pengajian kejuruteraan awam/ pengajian kejuruteraan mekanikal/ pengajian kejuruteraan elektrik dan elektronik/ Teknologi kejuruteraan/ Lukisan kejuruteraan/ rekacipta/ sains pertanian/ asas kelestarian/ teknologi maklumat dan komunikasi/ sains komputer/ grafik komunikasi teknikal/ pengajian agroteknologi.

Syarat kelayakan minimum program matrikulasi satu tahun PST

Memperoleh sekurang-kurangnya keputusan berikut dalam peperiksaan SPM 2016

Jurusan sains

C Bahasa Melayu
C Bahasa Inggeris
B Matematik
C Matematik Tambahan
C Kimia

C

1 dari matapelajaran berikut :

·         Fizik

·         Biologi

lulus

Sejarah

Jurusan Perakaunan

 C Bahasa Melayu
C Bahasa Inggeris
C Matematik
C Matematik Tambahan
C Dalam 2 daripada mata pelajaran berikut :

Prinsip perakauanan/ Ekonomi Asas/ Perdagagan/ Pengajian Keusahawanan/ Sains/ Sains Tambahan/ fizik/ kimia/ biologi/ pengajian kejuruteraan awam/ pengajian kejuruteraan mekanikal/ pengajian kejuruteraan elektrik & eklektronik/ teknologi kejuruteraan/ lukisan kejuruteraan

lulus

Sejarah

Aliran Teknikal

C Bahasa Melayu
C Bahasa Inggeris
B Matematik
C Matematik Tambahan
C Fizik
C Dalam 1 daripada mata pelajaran berikut :

Prinsip perakaunan/ ekonomi asas/ perdagangan/ pengajian keusahawanan/ bilogi/ pengajian kejuruteraan awam/ pengajian kejuruteraan mekanikal/ pegajian kejuruteraan elektrik & elektronik/ teknologi kejuruteraan/ lukisan kejuruteraan/ rekacipta/ sains pertanian/ asas kelestarian/ teknologi maklumat dan komunikasi/ sains kmputer/ grafik komunikasi teknikal/ Pengajian agroteknologi

D Kimia

Lulus

Sejarah

Cara Mohon

Sila rujuk petikan akhbar bagaimana ingin memohon matrikulasi 2017/2018

Permohonan Matrikulasi 2017

Permohonan Matrikulasi 2017

Semakan

  • Pemohon boleh membuat semakan untuk mengemaskini maklumat pada awal febuari 2017
  • Untuk semakan keputusan permohonan bleh melayari laman sesawang moe.gov.my pada bulan april 2017 dengan menggunakan no kad pengenalan atau dokumen pengenalan yang berdaftar dengan LPM.

Selain dari permohonan, terdapat juga proses-proses lain selepas permohonan, untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan proses terutama rayuan dan pengambilan kedua anda boleh merujuk artikel baru kami berkaitan permohonan matrikulasi ini.

0 0 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
trackback
3 years ago

[…] 2018 online telah lama dibuka. Kami sebelum ini telah mengeluarkan berita untuk makluman permohonan matrikulasi […]

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x