Permohonan Matrikulasi 2018 Online dan Proses

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:
Permohonan Matrikulasi 2018 Online
Salah satu matrikulasi di Kedah

Matrikulasi merupakan salah satu pilihan popular pelajar lepasan SPM. Sebenarnya permohonan matrikulasi 2018 online telah lama dibuka. Kami sebelum ini telah mengeluarkan berita untuk makluman permohonan matrikulasi ini.

Jika dilihat sebelum ini melalui artikel 27 Jun 2017, sepatutnya pelajar terlibat dah bersedia untuk membuat permohoanan. Namun demikian, terbaru kami masih lagi dihujani soalan bilakah permohonan matrikulasi dibuka. Mungkin anda masih lagi belum subcribe atau join telegram kami menyebabkan anda tertinggal maklumat penting untuk permohonan matrikulasi ini.

Permohonan Matrikulasi 2018 Online

Untuk ketika artikel ini ditulis, permohonan matrikulasi telah dibuka dan sebenarnya masih banyak masa kerana ia akan ditutup sekitar 29 November setelah ia dibuka sejak 1 Julai lagi. Bagi yang berminat dan layak seharusnya bertindak segera untuk melancarkan permohonan sebelum sibuk kelak.

Proses Permohonan dan Permohonan Online

Permohonan matrikulasi dibuka dan menggunakan cara online bagi memudahkan urusan akses permohonan. Untuk lebih mudah difahami, kami cuba ringkaskan proses permohonan matrikulasi supaya anda lebih mudah faham dan mengambil tindakan.

Proses 1 : Hebahan permohonan

Seperti penulisan kami sebelum ini 27 Jun dengan merujuk  iklan dari akhbar, Iklan tersebut ada memaklumkan permohonan dibuka pada 1 julai 2017. Untuk pengetahuan, golongan pendidik disekolah terutama kaunselor sekolah telahpun mendapat berita permohonan sejak bulan mei lagi.

Info Tambahan :  Cara Beli Pin UPU 2024/2025

Proses 2 : Beli Pin Matrikulasi

Pin matrikulasi atau Nombor Pengenalan Individu ( NPI ) penting untuk permulaan proses pendaftaran. Anda tidak akan boleh memohon online sekiranya tidak mempunyai Nombor Pengenalan Individu ini. NPI ini boleh didapati di Bank Simpanan Nasional terdekat anda dengan membelinya di kaunter BSN dengan harga RM 6.00 ( tidak termasuk GST ). NPI ini mula dijual bermula 1 Julai sehingga 29 November 2017.

Proses 3 : Mula memohon Online

Selepas membeli no pin, anda mula boleh membuat permohonan melalui permohonan online yang disediakan ( Mohon ). Melalui paparan muka hadapan sistem permohonan, jelas memberikanmaklumat penting seperti panduan permohonan dan maklumat penting lain. Pastikan anda baca dengan teliti dahulu pautan yang disediakan sebelum membuat sebarang permohonan. Tarikh tutup permohonan online adalah 30 November 2017.

Proses 4 : Kemaskini permohonan

Setelah anda selesai permohonan, kebiasannya sekitar bulan febuari 2018 anda akan mendapat maklumat supaya mengemaskini permohonan yang telah anda buat sebelum ini. Maklumat penting seperti maklumat diri dan keluarga perlu disemak semasa kemaskini dibuka.

Info Tambahan :  6 Langkah Mudah Semak Lebihan Bayaran PTPTN

Proses 5 : Pengumuman calon jaya

Ketika ini, satu sistem semakan matrikulasi akan dibuka secara online bagi memeudahkan semakan keputusan matrikulasi. Tawaran boleh dicetak sekiranya anda berjaya serta anda juga perlu bersedia menyediakan dokumen perlu untuk pendaftaran matrikulasi.

Proses 6 : Pendaftaran pelajar baru

Ketika ini, anda akan mula mendaftar matrikulasi seperti arahan tarikh dan masa mendaftar di surat tawaran. Tempat matrikulasi anda mendaftar juga kebiasannya tidak boleh ditukar dan sebenarnya ia adalah dari pilihan anda sendiri semasa permohonan. Pendaftaran pelajar baru ( ambilan pertama ) adalah sekitar bulan JUN 2018.

Proses 7 : Keputusan rayuan

Bagi calon yang tidak berjaya untuk ambilan pertama, peluang kedua dibuka dengan semakan rayuan matrikulasi yang dikeluarkan melalui laman rasmi permohonan matrikulasi. Keputusan rayuan matrikulasi ini mula dibuka sekitar JUN .

Proses 8 : Pendaftaran Rayuan

Untuk kemasukan ini lebih dikenali dengan kemasukan matrikulasi rayauan ataupun kemasukan matrikulasi ( ambilan kedua ). Ambilan kedua ini biasanya bermula lewat jun atau awal julai.

*tarikh dan bulan adalah tertakhluk perubahan pengurusan.

Pengkhususan yang ditawarkan termasuk 2 jurusan dan 1 aliran :

  • Jurusan Sains
  • Jurusan Perakaunan
  • Aliran Teknikal.

Untuk syarat permohonan dan yuran pengajian matrikulasi anda boleh juga rujuk penulisan kami sebelum ini atau terus ke laman rasmi matrikulasi. Moga permohonan anda berjaya.

 

4 thoughts on “Permohonan Matrikulasi 2018 Online dan Proses

Leave a Reply to firas Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *