Permohonan Matrikulasi, IPGM Secara Terus Di Permohonan UPU Oktober ini

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Jika sebelum ini, permohonan UPU terkenal dengan permohonan kemasukan pelajar ke Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej. Namun mulai tahun ini dan kemasukan tahaun seterusnya ia ditambah lagi dengan permohonan matrikulasi dan IPGM.

Matrikulasi Atau Universiti
Permohonan UPU

Permohonan Matrikulasi dan IPGM sebelum ini diuruskan secara berasingan iaitu masing-masing sebelum keputusan SPM dikeluarkan dan IPGM pula selepas keputusan SPM dikeluarkan. Maklumat ini dikongsi terus oleh sumber dinyatakan dibawah :

Permohonan UPU secara Single offer

Permohonan kemasukan pelajar ke Kolej Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) akan diselaraskan di bawah ‘Single Window, Single Offer’ bermula sesi akademik 2020/2012.

Info Tambahan :  Kad Siswa 2023: Cara Untuk Dapat dan Faedah

Menurut kenyataan Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT), lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang ingin melanjutkan pelajaran di Kolej Matrikulasi KPM atau IPGM perlu membuat permohonan melalui sistem UPUOnline yang dikendalikan oleh Bahagian Kemasukan Pelajar (BKPA), JPT dan dijangka dibuka untuk pendaftaran dalam bulan Oktober ini di laman sesawang http://upu.moe.gov.my Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA, JPT, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) adalah Bahagian yang menyelaras permohonan kemasukan pelajar ke Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti dan Institusi Latihan Kemahiran Awam(ILKA).

Bagi sebarang pertanyaan pemohon boleh menghubungi Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA, Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 4, No 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presints 5, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62200 Putrajaya.

Info Tambahan :  STPM, Asasi, Diploma, Vokasional - Yang Mana Lebih Baik Tahun 2023?

Pemohon juga boleh mengemukakan pertanya dengan menghubungi talian 03-88708200 atau menghantar e-mel di alamat [email protected] sumber – MalaysiaGazette.

Langkah baru ini mungkin mempunyai kelebihan atau kekurangan tersendiri, pelaksanaan secara berpusat ini memudahkan urusan penyelarasan permohonan tetapi ia mungkin melibatkan jumlah pemohon yang terlalu ramai dalam jangkamasa yang ditetapkan. Permohonan yang tinggi ini boleh menyebabkab gangguan samaada sistem atau pengurusan. Apa-apapun kita nantikan pelaksanaan yang dijangkakan hujung oktober ini.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top