

Bagi yang berminat untuk memohon dan meneruskan pengajian di Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia. Permohonan telah dibuka mulai 1 Julai sehingga 10 Oktober 2012. Permohonan boleh dibuat online dan sebelum itu, pemohon perlu membeli nombor pin di Cawanga Bank Simpanan Nasional berdekatan.
Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia merupakan program persediaan bagi pelajar bumiputera lulusan Sijil Pelajaran Malaysia untuk melayakan mereka mengikuti kursus peringkat ijazah dalam bidang sains, teknologi dan sastera ikhtisas di universiti awam. Tempoh pengajian program prauniversiti ini mengambil masa dua semester atau setahun bagi Program Matrikulasi Satu Tahun (PST) kecuali bagi Program Matrikulasi Dua Tahun ( PDT ) yang dijalankan untuk tempoh 4 semester. Kurikulum program ini memberi penekanan yang seimbang terhadap aspek akademik, kokurikulum dan sahsiah. Penekanan sedemikian bertujuan menyediakan pelajar yang berilmu pengetahuan dan berketerampilan serta mempunyai ciri kualiti diri yang terpuji khususnya daya kepemimpinan yang tinggi. Semua pelajar program ini akan mengikuti sukatan pelajaran dan kaedah penilaian yang sama. Pemilihan pelajar ke universiti hanya dibuat selepas lulus Program Matrikulasi, oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi.
Sekolah yang boleh menggunakan permohonan Internet Matrikulasi (PMI)
- Semua pelajar Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan boleh menggunakan kemudahan PMI.
- Sek. Berasrama Penuh (SBP) / Sek. Berasrama Penuh Integrasi (SBP Integrasi)
- Maktab Rendah Sains MARA (MRSM)
- Sekolah Menengah Teknik (SMT)
- Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Persekutuan/ Negeri/ lain-lain.
- Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK).
- Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina/ Tamil (SMJKC/T).
Cara membuat permohonan
Untuk membuat permohonan perlulah terlebih dahulu membeli no pin PMI berharga RM 6.00 melalui cara pembelian oleh kaunselor/guru atau pembelian sendiri.
Pembelian PMI melalui Kaunselor/guru
- Pemohon perlu berjumpa kaunselor atau guru yang mengurus ( PMI ) untuk membayar RM 6.00.
- Kaunselor/guru mengisi borang pesanan yang dikirim oleh Bahagian Matrikulasi pada ruangan yang berkenaan dan menyediakan senarai nama pelajar dan nombor kad pengenalan mereka. Borang pesanan ditunjukkan di kaunter Bank Simpanan Nasional(BSN).
- Senarai nama pelajar dan nombor kad pengenalan mereka diberikan kepada kerani kaunter di BSN untuk tujuan merekodkan nombor kad pengenalan pada resit BSN dan diambil kembali selepas urusan merekod selesai.
- Kaunselor/guru akan kemana-mana cawangan BSN dan membayar RM6.00 bagi setiap pelajar. Bayaran dibuat atas nama ‘Pengarah Bahagian Matrikulasi KPM’ dengan nombor akaun: 1410 0290 0021 1897 dan kod organisasi pada slip BSN ditulis dengan nombor kod: A2657500. (Klik di sini – Contoh Resit BSN)
- Kaunselor/guru pastikan maklumat yang dicetak pada resit BSN betul seperti yang sepatutnya. Maklumat mesti tercetak pada resit BSN ialah:
Pengarah Bahagian Matrikulasi KPM (BUKAN BPKP, Jab. Pengajian Tinggi, BPG dsbnya)
Nombor akaun: 1410 0290 0021 1897
Nombor Kad Pengenalan Pelajar
Nombor PMI 5 Digit.
Pembelian Sendiri
- Pelajar juga boleh membeli nombor PIN di mesin ATM BSN. (bagi pemegang kad akaun Giro/Wadiah BSN Sahaja).
- Sila ikut arahan yang tertera di skrin mesin ATM bagi permohonan Matrikulasi KPM.
- Nombor PIN akan tercetak di slip yang dikeluarkan oleh mesin tersebut.
- Sekiranya anda tidak mempunyai Kad Pengenalan ATAU mendapat Kad Pengenalan selepas pendaftaran SPM, sila gunakan nombor Lembaga (No LPM) seperti yang tercatat dalam slip pendaftaran SPM tahun semasa untuk membuat permohonan melalui internet (PMI) di kaunter BSN sahaja.
Pelajar menerima salinan resit BSN daripada kaunselor/guru. Pelajar boleh memohon dengan Ke aplikasi Permohonan matrikulasi internet mulai 1 Julai hingga 10 Oktober 2012 dengan memasukkan nombor kad pengenalan DAN nombor PMI.
Untuk maklumat lengkap lainseperti Manual permohonan PMI, Syarat program dan kelayakan minimum, Panduan mengisi borang, Borang permohonan bolehlah dirujuk terus ke Menu utama Permohonan Matrikulasi Melalui Internet ( PMI )
sudah ok
Kenapa bila saya mahu klik hantar tiba2 jak keluar maklumat keluarga tidak lengkap.. adahal semunya diisi.
Pingback: Permohonan Matrikulasi KPM 2013/2014 Dilanjutkan
Haraplah saya dapat dipilih memasuk matrikulasi tahun 2013…
kenapa bila saya klik ‘aplikasi Permohonan matrikulasi internet’ kluar 505 – Internal server error?? Macam mana saya nak mohon ni?