

Satu info penting, permohonan matrikulasi KPM telah dibuka untuk sesi 2014/ 2015. Permohonan matrikulasi yang dibuka ini bagi pelajar tingkatan 5 yang berminat membuat permohonan matrikulasi secara online sekitar 1 Julai 2014 ini. Permohonan matrikulasi ini adalah kepada pelajar tingkatan 5 kini dan bolehlah memohon untuk jurusan- jurusan yang ditawarkan seperti dibawah :
- Jurusan Sains
- Jurusan Perakaunan
- Jurusan Teknikal
Untuk membuat permohonan matrikulasi online perlulah terlebih dahulu membeli nombor Pin di Bank Simpanan Nasional terdekat berharga RM 6.00. Permohonan anda perlulah terlebih dahulu memastikan anda memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan. Ketika membeli nombor pin di BSN pastikan pin tersebut dibeli mengikut no kad pengenalan sendiri dan betul nombor yang tertera pada slip pembelian nanti.
Permohonan Matrikulasi Online
Untuk membuat permohonan matrikulasi, anda perlulah ke aplikasi permohonan matrikulasi yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia KPM.
Untuk makluman, Permohonan matrikulasi ini dibuka bermula 1 Julai 2014 sehingga 10 oktober 2014 dan semakan untuk mengemaskini sekitar febuari 2015. Kebiasaanya, keputusan permohonan dijangka keluar pada bulan april 2015.
Sebelum anda membuat apa-apa keputusan dan sekiranya ingin membuat pertanyaan lanjut, kami sarankan anda untuk nerujuk terus laman rasmi Permohonan Matrikulasi untuk mendapatkan infomasi lebih terperinci.
Dari kami harapkan anda bijak membuat permohonan matrikulasi dan mempunyai perancangan yang strategik untuk memilih dan merancang kerjaya masa depan. Memilih matrikulasi juga merupakan salah satu pilihan bijak yang perlu direbut peluang permohonan matrikulasi ini. Untuk pengetahuan, sebelum ini matrikulasi mengambil pelajar cemerlang untuk menyambung pengajian ke matrikulasi ini dengan kebanyakan yang layak mendapat sekitar minimum 3-4 A dalam subjek diambil.