KPM Matrikulasi
Permohonan Matrikulasi Kementerian pelajaran Malaysia KPM telah dibuka untuk sesi 2014/ 2015 mulai 1 Julai 2013. Kepada pelajar tingkatan 5 tahun ini bolehlah memohon untuk jurusan-jurusan yang ditawarkan seperti :
- Jurusan Sains
- Jurusan Perakaunan
- Jurusan Teknikal
Untuk memohon online perlulah terlebih dahulu membeli nombor Pin di Bank Simpanan Nasional terdekat berharga Rm 6.00. Untuk memohon pastikan anda memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan dalam maklumat yang disertakan nanti. Semasa membeli nombor pin di BSN pastikan pin tersebut dibeli mengikut nombor kad pengenalan sendiri dan betul nombor yang tertera pada slip pembelian nanti.
Sebelum meninggalkan kaunter BSN untuk pembelian pin pastikan perkara berikut perlu diambil perhatian :
- Bayaran telah dibuat atas nama ”Pengarah Bahagian Matrikulasi” ke nombor akaun 1410 0290 0021 1897
- No Kad Pengenalan yang sama seperti yang didaftarkan dengan Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM)
- No. Pin 5 digit
Nombor pin 5 digit itulah yang digunakan untuk mengakses sistem permohonan online matrikulasi KPM.
Alamat permohonan Matrikulasi
Untuk memohon pemohon perlu ke Sistem Permohonan Matrikulasi yang disediakan ( Klik Sini )
Untuk sebarang masalah dan maklumat lanjut anda digalakan merujuk iklan penuh yang disediakan.
Perlu diingatkan permohonan dibuka bermula 1 Julai 2013 sehingga 10 oktober 2013 dan semakan untuk mengemaskini sekitar febuari 2014. Keputusan permohonan dijangka keluar pada bulan april 2014.
kekwa kuning
salam..saya nak tanya kalau keputusan spm
3A( bm,agama,math)
2B( sejarah, bi)
3C( fizik,biologi,add math)
1D(kimia)
layak tak saya masuk matrikulasi?
afuza
Salam. Saya nk tanyer.
Sy dpt
A. Math
A- ntuk addmath
C+ ntuk fzik, kimia n bi
D ntuk bio
Soalan sy. Adakah sy layak ntuk ke matrik,?
pozie94
rasa nya , layak kot.. dulu aq cam ko gak., 3a6b 1c. alhamdulilah dpt utm degree mekatronik. kat matrik senang nk score. tapi masa spm susah pulak nk score subjek killer .