Permohonan MRSM 2017 Rebut Peluang

Hargai Kami, Kongsi Info Ini Pada Rakan Anda !
Share on Facebook
Facebook
Tweet about this on Twitter
Twitter
Share on Google+
Google+
Print this page
Print
Permohonan MRSM 2017
Permohonan MRSM 2017

Mungkin ada yang tertunggu bilakah permohonan MRSM 2017 ini. MRSM memanglah popular dan salah satu institusi yang diminati oleh pelajar cemerlang untuk mengubah situasi belajar ke tempat yang lebih baik. Kami juga ada menerima pertanyaan bilakah permohonan MRSM ini dibuka. Untuk membantu pertanyaan yang kerap diajukan, pihak kami cuba mendapatkan maklumat lanjut dari sumber yang boleh dipercayai. Hasil tinjuan kami, permohonan MRSM 2017 akan dibuka tidak lama lagi. Setakat ini tarikh permohonan sahaja dapat kami maklumkan untuk persediaan pelajar dalam permohonan ke MRSM.

Tarikh Permohonan MRSM 2017

Tarikh Permohonan MRSM 2017 : Mulai 13 September 2016

Maklumat Permohonan Online : http://www.mara.gov.my/

Sebaran tarikh permohonan ini sudah mula dipaparkan di Laman Rasmi MARA. Nasihat kami, sebaikny anda merujuk terus laman rasmi MARA yang diberikan untuk urusan permohonan dan mendapat maklumat lanjut.

Untuk makluman, pengambilan kebiasannya untuk tingkatan 1 dan 4, pengambilan akan dibahagi 4 fasa iaitu :

  • Tingkatan Satu(1) MRSM Semenanjung.
  • Tingkatan Satu(1) MRSM Sabah & Sarawak.
  • Tingkatan Empat(4) MRSM Semenanjung.
  • Tingkatan Empat(4) MRSM Sabah & Sarawak.

Untuk permohonan september ini, kami belum menerima sebarang maklumat berkaitan tingkatan yang berkaitan dengan permohonan.

Baca Juga :  Tarikh Penting dan Keputusan UPU Lepasan STPM 2018 / 2019

Maktab Rendah Sains MARA ( MRSM ) ialah salah satu pilihan popular pelajar kerana ia salah satu sekolah yang mampu menyediakan persekitaran positif untuk kecemerlangan. Tenaga pengajar, pengajaran dan kemudahan mungkin sama dengan sekolah harian biasa, tetapi perbezaan mungkin dari segi rakan sebaya dan persekitaran pembelajaran pelajar yang lebih positif kerana MRSM menapis kemasukan pelajar mengikut kategori kecemerlangan tertentu. Persekitaran positif ini merupakan salah satu faktor yang boleh mempengaruhi cara belajar seseorang.

Lokasi MRSM

Secara ringkasnya dibawah ialah lokasi MRSM menurut Laman Rasmi MARA :

lokasi MRSM
lokasi MRSM

Video MRSM

Salah satu Video Korporat Batu Pahat Johor

p/s : Jangan lupa untuk Join kami di Telegram untuk lebih pantas menerima berita Kerja kosong atau permohonan lain seperti biasiswa. Join Telegram

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here