Permohonan MRSM 2018 Tingkatan 1 dan 4

0
419

Satu permohonan MRSM 2018 untuk kemasukan tingkatan 1 dan 4 MRS dibuka secara online. MRSM adalah sebuah institusi pendidikan yang agak berbeza dengan sekolah harian dengan tambahan sukatan pelajaran dan kebitaraan tertentu. MRSM boleh dikategori sebagai sekolah saringan terpilih kerana kemasukan pelajarnya perlu melalui beberapa ujian dan syarat kemasukan untuk melayakkan diri menuntut di MRSM.

Permohonan MRSM 2018
Permohonan MRSM 2018

MRSM mempunyai beberapa sistem pendidikan yang menjalankan fokus pembelajaran berbeza. Antara sistem pendidikan MRSM ialah MRSM IGCSE, MRSM International Baccalaureate, MRSM Teknikal dan MRSM Ulul Albab.

Permohonan MRSM 2018 Tingkatan 1

Syarat kelayakan

  • Memiliki sikap diri yang positif
  • Tahap kesihatan yang baik dan mampu menjalani program kecerdasan fizikal
  • Pelajar bersedia untuk tinggal di asrama sepanjang tempoh pengajian dan mematuhi arahan serta peraturan dengan penuh disiplin.
  • Memperoleh keputusan 3A 3B ( Semenanjung Malaysia ) dan 3A 2B 1C ( Sabah & Sarawak ) dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah ( UPSR ) tahun 2017.
  • Pemohon perlu memperoleh gred A bagi mata pelajaran Matematik dan Sains dalam UPSR tahun 2017.
  • Aktif kegiatan kokurikulum dan bersedia mengikuti pelbagai program yang dianjurkan.
  • Sentiasa menjaga nama baik keluarga , MRSM dan MARA.

Permohonan MRSM 2018 Tingkatan 1

Dibawah adalah maklumat berkaitan permohonan dan permohonan online MRSM tingkatan 1 :

Permohonan MRSM 2018 Tingkatan 4

Syarat kelayakan

  • Memiliki sikap diri yang positif
  • Tahap kesihatan yang baik dan mampu menjalani program kecerdasan fizikal
  • Pelajar bersedia untuk tinggal di asrama sepanjang tempoh pengajian dan mematuhi arahan serta peraturan dengan penuh disiplin.
  • Memperoleh keputusan 6A 4B ( Semenanjung Malaysia ) dan 5A 5B ( Sabah & Sarawak ) dalam Pentaksiran Tingkatan 3 ( PT 3 ) tahun 2017. ( tidak termasuk mata pelajaran Bahasa Tambahan dan Pendidikan Kesenian ).
  • Pemohon perlu memperoleh gred A bagi mata pelajaran Matematik dan Sains
  • Aktif kegiatan kokurikulum dan bersedia mengikuti pelbagai program yang dianjurkan.
  • Sentiasa menjaga nama baik keluarga , MRSM dan MARA.
Baca Juga :  Semakan Kemasukan Tingkatan 6 Sesi 2017 / 2018

Permohonan MRSM 2018 Tingkatan 4

Dibawah adalah maklumat berkaitan permohonan dan permohonan online MRSM tingkatan 4 :

Tarikh tutup permohonan

Untuk kedua-dua permohonan tingkatan 1 dan 4, tarikh permohonan dibuka adalah dari 19 September hingga 31 Oktober 2017

Pengenalan Sistem Pendidikan MRSM

SPMRSM IGCSE

SPMRSM IGCSE atau dikenali juga sebagai program dwisijil merupakan sistem pendidikan MRSM yang menawarkan dua sijil kepada pelajar iaitu Cambridge IGCSE dan SPM sepanjang lima tahun tempoh persekolahan. Pelajar akan mempelajari kedua-dua kurikulum kebangsaan (KBSM) dan juga Cambridge International.

Integrasi kurikulum ini akan memberi nilai tambah kepada pengalaman pembelajaran pelajar. Pelajar akan menduduki Cambridge IGCSE pada tahun akhir tahun tingkatan 4 dan SPM pada akhir tahun tingkatan 5. Pelajar-pelajar amat digalakkan untuk belajar melangkaui SPM.

Baca Juga :  Permohonan KPLI Akan Dibuka Jelas KPM

MRSM International Baccalaureate

MYP dikhaskan untuk pelajar berumur 11-16 tahun dengan kerangka pembelajaran yang menggalakkan pelajar menjadi kreatif, kritis dan kearah pemikir. MYP cukup fleksibel untuk menampung banyak keperluan kurikulum nasional atau tempatan. Ia dibina apabila pengetahuan, kemahiran dan sikap dikembangkan dalam IB Primary Years Programme (PYP) dan menyediakan pelajar untuk menghadapi cabaran akademik dari IB Diploma Programme (DP) dan IB Career-related Certificate  (IBCC).

MRSM Teknikal 

Dalam bengkel Rancangan Malaysia ke-11(MARA), satu daripada inisiatif yang dicadangkan ialah supaya MARA mengambil langkah memperkenalkan subjek teknikal di MRSM. Sehubungan dengan itu, Bahagian Pendidikan Menengah MARA (BPM) menyediakan satu kurikulum teknikal yang selari dengan program pendidikan menengah yang berkualiti kepada pelajar MRSM.

Dalam usaha untuk merealisasikan program ini, MRSM Bentong telah dipilih sebagai MRSM Teknikal. MRSM Bentong akan dijadikan Pusat Pembelajaran Teknikal dan Robotik MRSM dengan mengaplikasikan modul Sains Kejuruteraan seawal tingkatan 1 di samping penggunakan peralatan makmal yang canggih.

MRSM Ulul Albab

Program SPMRSM Ulul Albab merupakan program pendidikan integrasi antara program pendidikan sedia ada (Sains Tulen) dengan program aliran agama termasuk Tahfiz al-Quran. Program SPMRSM Ulul Albab ini bermatlamatkan untuk melahirkan ahli profesional, teknokrat dan usahawan yang bukan sahaja berilmu pengetahuan tetapi mempunyai kemahiran dalam bidang keagamaan berlandaskan al-Quran dan alSunnah sebagai generasi Ulul Albab.

 

 

 

p/s : Jangan lupa untuk Join kami di Telegram untuk lebih pantas menerima berita Kerja kosong atau permohonan lain seperti biasiswa. Join Telegram

Apa Komen Anda :