Pelanjutan Permohonan MRSM Tingkata 1/2012
Bagi yang berminat menghantar anak Tingkatan 1 di MRSM tahun 2012, peluang masih terbuka kerana tarikh permohonan telah dilanjutkan sehingga 4 Disember 2011. Namun demikian, kata laluan permohonan yang perlu didapatkan di pejabat MARA perlu didapatkan terlebih dahulu sebelum 30 November 2011. Bagi yang terlepas peluang mendapatkan kata laluan cubalah mendapatkan maklumat lanjut di pejabat MARA berdekatan.
Untuk penulisan terdahulu tentang syarat permohonan dan maklumat lain bolehlah ke https://www.xpresi.org/permohonan-tingkatan-1-mrsm-tahun-2012/ dan ke https://www.xpresi.org/permohonan-online-mrsm-tingkatan-1-2012/ untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang permohonan online.
Masalah Semasa Permohonan Online MRSM
Saya kerap menerima pertanyaan bekenaan masalah paparan ” Laman ini perlu dilayari dengan menggunakan perisian Internet Explorer Versi 7 dan ke atas ” apabila pemohon mula hendak memohon.
Untuk mengatasinya, pemohon perlu menggunakan Internet Explorer versi 7 dan terbaru untuk mengakses sistem permohonan.
Langkah-langkah
- Klik pada simbol
di komputer masing-masing.
- Taipkan alamat http://spmrsm.mara.gov.my/online pada kotak atas sekali.