Permohonan MRSM tingkatan 1 & 4 Tahun 2016

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:
Logo MARA
Logo MARA

Satu permohonan MRSM akan dibuka bagi memberi peluang pada mereka yang ingin membuat permohonan MRSM ke tingkatan 1 dan 4 tahun 2016 nanti. Permohonan MRSM dibuka secara online yang mana ia dibuka kepada permohonan MRSM semenanjung dan juga Sabah & Sarawak.

Permohonan MRSM dibuka secara online mulai 19 Oktober sehingga 8 November 2015 melalui aplikasi online yang disediakan. Permohonan MRSM ini juga adalah bagi kemasukan tingkatan 1 & 4 sahaja bagi tahun 2016.

Membuat pilihan ke Maktab Rendah Sains MARA ( MRSM )  juga merupakan satu pilihan popular kerana untuk ke MRSM pelajar dipilih berdasarkan kecemerlangan akademik semasa dan aspek lain. Hal ini membuatkan MRSM tempat berkumpul pelajar yang cemerlang dan mampu melahirkan persekitaran yang positif kepada pembelajaran dan kecemerlangan seseorang. Selain itu kemudahan MRSM juga baik yang dapat membantu sedikit sebanyak pembelajaran yang kondusif dan membina.

Info Tambahan :  YPJ 2023: Permohonan, Syarat dan Panduan Lengkap

Maktab Rendah Sains MARA ( MRSM ) menyediakan sistem pendidikan yang berteraskan ilmu, teknologi  dan nilai-nilai keusahawanan bagi melahirkan insane cemerlang yang holistic dan berintegriti.

Dapatkan Kata Laluan Terlebih Dahulu Sebelum Memohon

Pengambilan kata laluan adalah untuk membenarkan pemohon mengisi borang permohonan memasuki MRSM secara dalam talian. Borang permohonan online yang diisi oleh pemohon akan terus dihantar ke dalam sistem pengambilan pelajar ke MRSM. Pemohon juga dibenarkan mengemaskini maklumat permohonan sekiranya tempoh permohonan belum tamat dan pemohon belum tekan butang hantar. Maklumat permohonan juga boleh dicetak oleh pemohon. Sebelum mengisi borang permohonan online ini, pemohon perlulah mendaftar terlebih dahulu untuk mendapatkan kata laluan permohonan ini. Kata laluan yang didaftar secara online itu akan turut dihantar kepada pemohon melalui alamat emel.

Info Tambahan :  Biasiswa SPM dan Setaraf: 5 Senarai dan Tips

Maklumat dibawah merupakan maklumat penting permohonan :

Perkara Maklumat
Permohonan Permohonan MRSM tingkatan 1 & 4 Tahun 2016
Tarikh Permohonan 19 Oktober – 8 November 2015
Untuk Perhatian ·         Pelajar lepasan UPSR & Lepasan PT3 Tahun semasa

·         Pemohon Semenanjung

·         Pemohon Sabah & Sarawak

 

Iklan Permohonan Maklumat Lanjut Iklan
Cara Mohon / syarat/ Maklumat lanjut ·         Semenanjung Tingkatan 1

·         Semenanjung Tingkatan 4

·         Sabah/ Sarawak Tingkatan 1

·         Sabah/ Sarawak Tingktan 4

Panduan Permohonan ·         Panduan Tingkatan 1

·         Panduan Tingkatan 4

Permohonan Online ·         Permohonan Online tingkatan 1

·         Permohonan Online tingkatan 4

Sumber http://www.mara.gov.my/

 

Diharapkan maklumat permohonan ini disebarkan bagi memberi peluang permohonan kepada pelajar berminat. Semoga permohonan MRSM yang dibuat merupakan satu langkah dalam meningkatkan lagi ilmu pengetahuan dan kecemerlangan.

3 thoughts on “Permohonan MRSM tingkatan 1 & 4 Tahun 2016”

  1. nurul shuhana binti shafee

    Macamana jika kita telah pun mendaftarkan diri dalam kemasukan Mrsm…tetapi…terlupa print untuk dibawa pada ujian kecenderungan….sedangkan…tarikh untuk mendaftar online sudah tutup…bagaimanakah cara lain bagi memprint borang tersebut??

    1. Macamana jika kita telah pun mendaftarkan diri dalam kemasukan Mrsm…tetapi…terlupa print untuk dibawa pada ujian kecenderungan….sedangkan…tarikh untuk mendaftar online sudah tutup…bagaimanakah cara lain bagi memprint borang tersebut???

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top