Satu permohonan telah dibuka bagi kemasukan ke MRSM, Permohonan MRSM adalah bagi tingkatan 1 dan 4 untuk sesi pembelajaran tahun 2019. Maktab Rendah Sains Mara ( MRSM ) merupakan salah satu pilihan popular bagi ibu bapa dan pelajar yang mahukan pendidikan yang lebih baik.


Kebanyakan ibu bapa menginginkan anak mereka menyambung pengajian ke MRSM kerana ia dilihat lebih istimewa kerana MRSM membuat saringan akademik dan pelbagai aspek lagi untuk diterima masuk. Hal ini kerana MRSM adalah terhad dan hanya pelajar terpilih sahaja yang dapat diterima masuk. Pengumpulan pelajar terpilih di MRSM menjadikan persekitaran belajar lebih membina dan kualiti pembelajaran lebih positif.
Permohonan MRSM tingkatan 1 & 4 2019 Online
Untuk makluman, permohonan telah dibuka 9 september 2018 sehingga 30 November 2018. Anda digalakkan membuat permohonan awal walaupun sebelum keluar keputusan UPSR dan PT3. Keutamaan pengambilan adalah kepada calon dari keluarga yang berpendapatan rendah.
Borang Online permohonan MRSM
>> Mohon Online MRSM Tingkatan 1 <<
>> Mohon Online MRSM Tingkatan 4 <<
Maklumat lanjut Syarat dan kelayakan permohonan
Untuk makluman, MRSM dibahagiakan kepada beberapa fokus dan lokasi. Untuk melihat lebih lanjut setiap pilihan syarat dan lokasi anda perlu melihat terlebih dahulu maklumat dibawah sebelum memohon :
- MRSM Premier
- MRSM Teknikal
- MRSM IGCSE
- MRSM ATM
- MRSM PDRM
- MRSM IB-MYP
- MRSM Ulul Albab
- MRSM PKP
- MRSM Program Sains Keusahawanan
Diharapkan anda tidak ketinggalan permohonan MRSM ini. Sebenarnya banyak pilihan lain lagi seperti Sekolah Berasrama Penuh, dan sekolah harian biasa. Untuk berjaya dalam pelajaran faktor persekitaran adalah faktor kedua mempengaruhi kecemerlangan pelajar. Faktor diri sendiri merupakan faktor terpenting untuk berjaya walau dimana tempat belajar.