Permohonan MRSM Tingkatan 1 dan 4 tahun 2023

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Bagi yang berminat, satu permohonan MRSM untuk tingkatan 1 dan 4 telah dibuka bagi mereka yang layak. Permohonan dibuka pada 1 September sehingga 4 november 2022. Maktab rendah sains mara merupakan institusi yang menyediakan kemudahan yang baik untuk suasana pembelajaran yang lebih membina.

Syarat Permohonan MRSM Tingkatan 1 dan 4

  1. Calon warganegara Malaysia.
  2. Ibu dan/ atau bapa ialah warganegara Malaysia.
  3. Calon memohon secara dalam talian (online).
  4. Calon yang tidak menduduki UKKM tidak akan dipertimbangkan untuk pemilihan kemasukan MRSM tahun 2023.
  5. Calon sihat tubuh badan dan boleh berdikari.
  6. Calon lahir pada 2 Jan 2010 hingga 1 Jan 2011 bagi calon Tingkatan 1 2023 atau calon lahir pada 2 Jan 2007 hingga 1 Jan 2008 bagi calon Tingkatan 4 2023.
  7. Ibu bapa/ penjaga dan penjamin yang bukan disenarai hitam (blacklisted) oleh MARA.
  8. Keutamaan diberikan kepada pemohon daripada keluarga berpendapatan rendah yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.
  9. Untuk maklumat tambahan, sila rujuk Syarat dan Pilihan Program MRSM serta FAQ yang disediakan di pautan ini.
Info Tambahan :  Yayasan Bank Rakyat: Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) 2023

Panduan Permohonan

  1. Calon perlu merujuk kepada Buku Panduan Permohonan MRSM sebelum membuat permohonan secara dalam talian.
  2. Calon telah memahami maklumat yang disediakan dan membuat perakuan apabila selesai merujuk buku panduan permohonan MRSM.
  3. Sebarang kesilapan pengisian maklumat dalam borang permohonan adalah dibawah tanggungjawab masing-masing.
  4. Pemohon perlu mengisi keputusan Pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) terkini dan membawa salinan keputusan PBD ketika menghadiri UKKM.

Untuk maklumat lanjut sila rujuk iklan permohonan yang disediakan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top