Permohonan MRSM Tingkatan 4 Semenanjung Malaysia 2015

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:
Logo MARA
Logo MARA

Satu permohonan MRSM atau Maktab Rendah Sains MARA dibuka untuk permohonan kini. Permohonan MRSM ini dibuka kepada lepasan PT3 ke tingkatan 4 tahun 2015 Semenanjung Malaysia. MRSM merupakan antara pilihan yang baik kerana ia menghimpunkan pelajar terpilih menggalakkan lagi pembelajaran yang positif. MRSM menyediakan sistem pendidikan yang berteraskan ilmu, teknologi dan nilai-nilai keusahawanan bagi melahirkan insan cemerlang yang holistik dan berintegriti.

Untuk pengetahuan, MARA memberi keutamaan kepada pemohon daripada keluarga miskin bandar dan luar bandar.

Pemohon hendaklah mempunyai ciri-ciri keperibadian yang unggul dan memenuhi syarat  seperti yang dinyatakan di bawah:

  • Amanah, rajin, berdikari, bersyukur, patriotik dan self driven.
  • Berbudi pekerti dan hormat-menghormati hak sesama pelajar dan orang lain.
  • Bersedia menerima serta mematuhi arahan dan peraturan dengan penuh disiplin.
  • Sihat tubuh badan.
  • Bersedia menjalani program latihan kecergasan fizikal.
  • Kesanggupan mengikuti pelbagai program yang dianjurkan.
  • Bersedia untuk tinggal di asrama sepanjang tempoh pengajian.
  • Sentiasa menjaga nama baik keluarga, MRSM dan MARA.
Info Tambahan :  Yayasan Bank Rakyat: Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) 2023

SYARAT-SYARAT MEMOHON SECARA ONLINE :

  • Pelajar Bumiputera tingkatan tiga yang bersekolah di sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan.
  • Pelajar bukan Bumiputera tingkatan tiga yang sedang bersekolah di Sekolah Kebangsaan atau Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK).
  • Pelajar yang sedang menuntut di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Kementerian Pendidikan Malaysia tidak dibenarkan memohon dan tidak akan ditawarkan ke MRSM.
  • Pemohon mestilah sekurang-kurangnya lulus bagi mata pelajaran Matematik dan Sains dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun, Tingkatan 3.

CARA MEMOHON KATA LALUAN :

  • Pemohon boleh mendapatkan kata laluan secara percuma di semua Pejabat MARA Negeri, Pejabat MARA Daerah atau MRSM yang berdekatan pada waktu pejabat bermula 3 November 2014 hingga 14 November 2014.
  • Sila bawa salinan kad pengenalan dan keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun, Tingkatan 3 yang disahkan benar serta angka giliran Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) 2014, semasa mendapatkan kata laluan.
  • Pemohon mestilah mengisi semua maklumat yang diperlukan di dalam borang permohonan online serta memastikan borang tersebut dihantar secara online.
  • Pemohon mestilah menghantar cetakan borang serta dokumen yang berkaitan ke alamat di bawah:

(Permohonan ke Tingkatan 4 Tahun 2015)

Pengarah, Bahagian Pendidikan Menengah,

Tingkat 19, Ibu Pejabat MARA, 21, Jalan Raja Laut,

50609 KUALA LUMPUR.

Permohonan Online : https://mohon.mrsm.edu.my/form4/login.jsp

UJIAN KECENDERUNGAN KEMASUKAN KE MRSM (UKKM)

  • Pemohon akan menduduki UKKM pada tarikh antara 24 hingga 27 November 2014.
  • Tempat dan tarikh ujian akan dipilih oleh pemohon semasa mengisi borang permohonan secara online.
Info Tambahan :  FlySISWA 2023: Bantuan Penerbangan Pelajar Semenanjung-Borneo

NOTA :

  • Hanya permohonan yang memenuhi syarat kelayakan sahaja akan dipertimbangkan.
  • Permohonan yang tidak lengkap seperti tidak menghantar secara online dan cetakan borang tidak akan dipertimbangkan.
  • MRSM menawarkan jurusan Sains Tulen sebagai jurusan utama.

SYARAT KELAYAKAN MASUK KE MRSM

Memperoleh keputusan minimum 6A 4B dalam PT3 (tidak termasuk mata pelajaran Bahasa Tambahan dan Pendidikan Kesenian). Gred A bagi mata pelajaran Matematik dan Sains.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN :

  • Tarikh akhir permohonan secara online ialah pada 14 November 2014.
  • Tarikh akhir menghantar cetakan borang dan dokumen yang berkaitan ialah selewatnya pada 21 november 2014
  • Pemohon boleh menyemak keputusan ke MRSM pada bukan febuari 2015. Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang jawapan sehingga 30 April 2015, pemohon dianggap tidak Berjaya.

Sumber : Iklan Penuh Permohonan MRSM 2015 ( semenanjung Malaysia )

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *