Permohonan MTD 2012 Maktab Tentera Diraja

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Logo MTD

MTD iaitu Maktab tentera diraja membuka permohonan untuk kemasukan ke tingkatan 4 di Maktab Tentera Diraja MTD sesi 2012/2013. Tawaran kemasukan dibuka khas kepada pelajar tingkatan 3 tahun 2011 dan dibuka bermula ogos hingga 30 September 2011.

Syarat kemasukan

a)      Warganegara Malaysia

b)      Jantina –lelaki

c)       Tinggi Minimum – 152 sm

d)      Berat Minimum – 40.5 kg

e)      Body Mass Index – 18 hingga 27

f)       Ukuran dada 74sm ( biasa ) dan 79sm ( tarik nafas )

g)      Penglihatan – baik dan tidak rabun warna. Jika berkacamata hendaklah tidak melebihi 6/12

h)      Sihat tubuh badan dan tidak berpenyakit boleh memudaratkan diri jika aktiviti lasak.

i)        Mendapat sekurangnya 4A 2B ( A dalam mata pelajaran BM, BI, MAT dan Sains ) dalam peperiksaan percubaan PMR tahun 2011

j)        Calon perlu mengisi borang permohonan kemasukan BAT B 115 Pin 3/03 Maktab tentera diraja dan menduduki Ujian Khas MTD ( UKMTD ) akan dipanggil untuk menghadiri sesi temuduga akhir di MTD.

k)      Pelajar yang berjaya dalam temuduga tersebut akan ditawarkan pengajian tingkatan 4 di MTD tahun 2012 dengan syarat keputusan PMR sebenar calon mestilah sekurang-kurangnya 6A @B ( A dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa inggeris, Matematik dan Sains )

Bagaimana untuk memohon?

  • Boleh mendapatkan borang permohonan di www.rmc.edu.my secara percuma atau datang sendiri ke alamat dibawah :
  • Bagi permohonan yang memohon melalui pos perlu sertakan sampul surat tebal berukuran 25sm x 36 sm beralamat sendiri dan bersetem RM 1.00 kepada alamat dibawah:
  • Sel PemilihanPejabat Pegawai Pendidikan Kanan

    Maktab Tentera Diraja

    Kem Sungai Besi

    57000 Kuala Lumpur

  • Borang permohonan perlu diisi dan dikembalikan selewatnya pada 30 september 2011, kelewatan tidak akan dilayan.
  • Permohon akan dimaklumkan oleh Sel Pemilihan MTD mengenai tarikh dan tempat ujian khas MTD ( UKMTD dijalankan selepas tapisan permohonan dibuat.
  • Permohonan dianggap tidak berjaya sekiranya tiada maklumbalas sehingga 30 Januari 2012.

 

Pertanyaan

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Sel Pemilihan MTD melalui telefon 03-90867470/7471

Anda dinasihatkan untuk melihat iklan penuh disini Klik sini

Iklan dan syarat kemasukan

Borang Kemasukan ke MTD

Klik Like dibawah jika anda berterima kasih dan merasakan informasi ini berguna, terima kasih.

0 0 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
3 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
shaff
shaff
Guest
8 years ago

bila permohonan untuk tingkatan 3 2012 dibuka

siti norhafizah binti mat yusoff
siti norhafizah binti mat yusoff
Guest
8 years ago

saya perlu kerja

QStaff1
Editor
Reply to  siti norhafizah binti mat yusoff
8 years ago

kerja apa yg siti minat?

Jawatan penulis sambilan diperlukan( Maklumat Lanjut )