

Anda minat belajar di MTD? Permohonan ke Maktab Tentera Diraja MTD untuk kemasukan 2015 telah dibuka untuk yang berminat. Jika anda pelajar PT3 tahun 2014 anda layak untuk memohon berdasarkan beberapa syarat kemasukan yang ditetapkan. MTD adalah sekolah yang lebih menerapkan kepakaran ketenteraan dan disiplin disamping pembelajaran biasa. Pembelajaran di MTD adalah lain dari biasa kerana pelajar mempunyai masa depan yang cerah dalam ketenteraan selepas belajar dengan cemerlang di MTD.
Syarat Am Permohonan
- Pelajar lelaki Tingkatan Tiga Tahun 2014.
- Warganegara Malaysia.
Syarat Fizikal
- Lelaki.
- Tinggi minimum : 152 sm.
- Berat minimum : 40.5 kg.
- Body Mass Index (BMI) : 18 sehingga 27.
- Ukuran dada 74 sm (biasa) dan 79 sm (tarik nafas)
- Penglihatan : Baik dan tidak rabun warna. Jika berkaca mata hendaklah tidak melebihi 6/12.
- Sihat tubuh badan dan tidak mempunyai penyakit yang boleh memudaratkan diri jika melakukan aktiviti ketenteraan dan lasak.
Syarat Akademik
- Memperolehi sekurang-kurangnya 7A termasuk Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains dalam peperiksaan PT3 2014 nanti.
- Pelajar yang aktif dalam sukan, muzik, kelab, persatuan dan unit beruniform akan diberi keutamaan.
Cara memohon
Anda boleh memohon di Aplikasi permohonan yang disediakan ( mohon MTD ) . Sekiranya anda telah memohon, anda boleh mengemaskini untuk masa akan datang di : Kemaskini MTD.
Untuk Makluman, jika anda layak temuduga akan dihubungi melalui SMS, Tarikh dan tempat temuduga juga akan dimaklumkan. Jika anda Berjaya temuduga barulah permohonan anda Berjaya.
Tarikh tutup permohonan ialah 15 November 2014, pastikan anda memohon sebelum tarikh tutup untuk mengelakkan permohonan anda ditolak.
Maklumat Lanjut dan pertanyaan
Jika anda ingin membuat pertanyaan dan inginkan maklumat lanjut, anda digalakkan untuk meneliti dengan baik Iklan Penuh Permohonan MTD yang dikeluarkan. Semoga Permohonan MTD anda nanti akan Berjaya.