Permohonan MTD Tingkatan 4 sesi 2013

Hargai Kami, Kongsi Info Ini Pada Rakan Anda !
Share on Facebook
Facebook
Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print
MTD

Bagi yang berminat memasuki Maktab Tentera Diraja MTD untuk tingkatan 4 sesi 2013, Permohonan telah dibuka kemasukan MTD putera baru Maktab Tentera Diraja. Pelajar lepasan PMR 2012 yang mantap dari segi akademik, sukan, sosial, jati diri dan kepimpinan diperlawa untuk memohon.

Permohonan kemasukan tingkatan 4 ke Maktab Tentera diraja MTD dibuka bermula 1 September 2012 dan akan ditutup pada 30 September 2012. Permohonan dibuka kepada pelajar lelaki Warganegara Malaysia yang akan menduduki peperiksaan PMR 2012. Syarat memohon adalah dengan mendapat 4 A ( sains, Math, BM dan BI ) dalam peperiksaan percubaan PMR 2012.

Kelebihan belajar di Maktab Tentera DIraja MTD

MTD adalah sekolah berasrama penuh ( SBP ) dibawah pentadbiran Kementerian Pertahanan dan dianggap sebagai Sekolah Primier, Banyak kelebihan menyertai MTD antaranya :

  • Penginapan Percuma
  • Sajian 6 kali sehari percuma
  • Buku teks, buku tulis, buku kerja dan buku rujukan dibekalkan percuma
  • Pakaian seragam untuk kelas akademik, latihan ketenteraan, sukan, pakaian kebangsaan dan beberapa keperluan asas harian diberikan percuma.
  • Rawatan kesihatan percuma
  • Waran perjalanan pergi/balik ke kampung sekali setahun
  • Elaun bulanan sebanyak RM 100

Cara memohon MTD Maktab Tentera diraja 2013

Permohonan sedang dibuka iaitu bermula 1 September 2012 dan akan ditutup pada 30 September 2012.

Untuk syarat kelayakan fizikal dan lain, borang permohonan dan syarat lain perlu dimuat turun DISINI.

Permohonan yang lengkap boleh terus dihantar di alamat yang disertakan  dibawah, sekiranya permohonan melalui POS, sila sertakan sampul surat tebal berukuran 25smx36sm beralamat sendiri dan bersetem RM 1.00 kepada alamat berikut :

Sel Pemilihan

Pejabat Pegawai Pendidikan Kanan

Maktab Tentera Diraja

Kem Sungai Besi

57000 Kuala Lumpur

Borang permohonan BAT B 115 ( pin 3/03 ) yang telah lengkap diisi perlulah sampai ke alamat selewat-lewatnya pada 28 September 2012. Permohonan dan borang lewat tidak akan dilayan.

Pemohon akan dimaklumkan oleh Sel Pemilihan MTD mengenai tarikh dan tempat Ujian Khas MTD ( UKMTD dijalankan selepas tapisan permohonan dibuat.

Sekiranya tiada jawapan diterima sehingga 30 Jan 2013, permohonan dianggap tidak berjaya. Untuk pertanyaan sila hubungi Sel Pemilihan MTD melalui talian telefon di nombor 03-90867470/7471.

Bagi yang berminat dan bersedia untuk menempuhi alam pendidikan yang lebih variasi, bolehlah cuba untuk memohon belajar di Maktab Tentera Diraja MTD.

p/s : Jangan lupa untuk Join kami di Telegram untuk lebih pantas menerima berita Kerja kosong atau permohonan lain seperti biasiswa. Join Telegram

7 COMMENTS

  1. saya nak tanya pelajar yang belajar di MTD belajar disana berapa tahun dan adakah pelajar yang belajar di MTD apabila keluar mesti bekerja dgn ATM.?

  2. Salam…mcm mna yg bqu nk wt permhonan ke mtd after the result kluar….sy x tau trikh bka prmhonan…cmne ye…sye ny bdx skolah luar bndr….

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here