

Bagi yang tertunggu bila permohonan UPU dan penjualan Pin/ Unik ID untuk kemasukan ke IPTA tahun 2014, Maklumat ini mungkin membantu serta menjawab pelbagai persoalan yang ada. Bagi pelajar lepasan SPM/ Setaraf, STPM/ Setaraf, STAM yang ingin memohon melalui UPU untuk ke IPTA, permohonan akan dibuka pada 20 Januari 2014.
Permohonan akan dibuka secara online pada tarikh tersebut dan alamat permohonan akan dibuka dan dimaklum menjelang 20 Januari 2014. Permohonan adalah bagi lepasan SPM, STPM/ setaraf bagi kemasukan ke ;
- Institusi Pengajian Tinggi Awam ( IPTA )
- Politeknik Konvensional/ METrO
- ILKA
Pembelian Pin. Unik ID
Untuk pengetahuan, sebelum mengakses permohonan online adalah diwajibkan menggunakan no Unik ID yang boleh dibeli di kaunter Bank Simpanan Nasional ( BSN ) berhampiran. Pembelian Unik ID juga boleh mula dibeli pada 20 Januari 2014.
Permohonan UPU dan pembelian Pin Unik ID : 20 Januari 2014
Semasa membeli Unik ID, pemohon terlebih dahulu perlu maklum dengan jenis kategori untuk permohonan dirinya. Hal ini kerana terdapat 2 pilihan kategori permohonan semasa membeli Unik ID. Pastikan anda tidak tersilap membeli Unik ID, hanya beli mengikut kategori masing-masing. 2 Kategori tersebut adalah :
Kategori A ( Harga RM 10.60 )
- Adalah kepada calon Lepasan SPM/ setaraf, Lepasan SKM, Lepasan Diploma Politeknik, Lepasan Sijil Politeknik, Lepasan Sijil Kolej Komuniti dan Lepasan SIjil ILKA.
Kategori B ( Harga RM 15.60 )
- Adalah kepada calon lepasan STPM/ setaraf, Lepasan Matrikulasi KPM/ PASUM/ Asasi/ Lepasan Diploma/ setaraf dan Lepasan STAM
Tidak ada pembelian Pukal Unik ID
Suka diperingatkan disini, pembelian secara pukal nombor unik ID adalah tidak diamalkan lagi untuk sesi akademik 2014/2015.
Pihak sekolah perlulah mengingatkan pemohon supaya nombor unik ID digunakan dan disimpan secara berhemah berdasarkan tatacara yang mempunyai cirri-ciri keselamatan, hal ini bagi mengelakkan kebocoran maklumat akibat salahguna nombor Unik ID untuk tujuan menjejaskan permohonan dan pemilihan kemasukan ke IPTA oleh individu yang tidak bertanggungjawab.
Assalamualaikum. Saya nk tnya boleh x lepasan asasi uia mengambil degree di uni lain spt usm,um,ukm??? Pls reply me. Tq.
salam saya nak tanya…saya ada asasi swasta….boleh x saya nak mohon masuk ke degree ipta menggunakan asasi swasta?..
dan kalau tidak boleh melalui online…bolehkah saya nak mohon rayuan melalui manual?…
dan kalau buat mase skrang boleh ke saya nak mohon untuk degree sedangkan permohonan upu dah tamat?…
Salam, boleh.. asalkan institusi swasta tu berdaftar dan asasinya diiktiraf.
Salam. Saya nak tanya. Saya pelajar asasi. Kalau nak beli di mesin atm tu, untuk option program lepasan tu, pilih matrikulasi ataupun stpm?
Assalamualaikum, saya tersalah beli kategori pin iaitu kategori A . Sepatutnya saya beli kategori B. Apa saya harus buat?
Waalaikumussalam.. sya rasa baik syazwani baca kat sini dulu yer..kalau ada masalah boleh hubungi no yang sy bagi tu.. rujuk sini https://www.xpresi.org/permohonan-upu-2015-perkara-penting-yang-perlu-anda-tahu/
Assalamualaikum admin..saya lepasan SPM 2014 saya nak tanya apa perbezaan No pin UPU dengan unik ID..terima kasih
Waalaikumussalam.. tak ada beza.. pin UPU istilah dahulu2.. Unik ID UPU istilah sekarang. Kami gunakan istilah dahulu untuk lebih faham dan sedikit masa lagi kami gunakan istilah baru pula. TQ
Kalau saya lepasan SPM 2013, bolehkah saya mohon UPU bagi tarikh terbuka yang terbaru? Let’s say the latest one is next year, 2015? boleh tak? umur saya pada tahun ini 18, ASAP reply pls, Thank you.
salam.. camana nk tau bila bole beli no pin lagi?mohon penjelasan tq 🙂
kebiasaanya boleh beli hujung tahun ni.. langgan ke email post kami, https://www.xpresi.org/berita-baik-update-terbaru-kemudahan-percuma-majalah-e-xpresi-untuk-anda/ setiap kali post baru akan maklum diemail..
hi miss…good evening.. i would like to ask you about when the due date or last date for buying the unique id at bsn for spm leavers? …. im kindly waiting for your answer.. thank you…
spm 2011, bole isi kmasukkan upu 2014 x? tq..
Lepasan matrikulasi 2013/2014 kategori b jugk kn?
Kategori b ni untuk ijazah ke diploma..maaf..harap dapat membantu
tlg dulu yaa .
salam .bleh tnya .napa sya isi permhonan ..isi bhgian unik id .kena reply salah id .sedangkan no tu memang no unik id yg kwn tlg beli di bsn ..
Boleh x lepasan asasi uia memohon untuk mengambil degree ke uni lain spt ukm,uitm atau upm?
rasanya xbleh.. cuba rujuk pihak U.
assalamualaikum .kenapa laman web http://upu.mohe.gov.my/ tak boleh bukak ? macam mana saya nak mohon ni ?
Walaikumussalam alamat tu salah.. boleh ke http://upu.moe.gov.my/ tapi kalu tak boleh sila ke https://online.moe.gov.my/upu/onlineupu/ untuk permohonan terus
da tyr website ni http://upu.moe.gov.my/ & https://online.moe.gov.my/upu/onlineupu/ .. tpi still tk bole.. knpe eh??
sesape tolong.. please anyone..
Cuba try lagi http://upu.moe.gov.my/
pembelian no.pin upu ditutup ble?
salam..encik bagai mana nk isi borang pemohonan,saya dah beli no upu di bsn…tapi saya tidak tahu cara memohon
salam..
saya habis matrik bulan mei 2014.. tak lama lagi..
sedikit konfius dengan pembelian no unik BSN ni..
maknanya saya ni kategori B : lepasan stpm/setaraf la ye?
sbb pegawai BSN tu suruh tulis saya lepasan ape.sedangkan bila saya cakap sayalepasan matrik, dia cakap untuk matrik tak dibuka lagi.. tak faham la saya.. ke pegawai tu yang tak tahu?
apa yang patut saya tulis di slip tu?
nak tulis [ lepasan matrikulasi / lepasan stpm setaraf ] ?
*bingung*
salam…saya nak bertanya..semalam mak saya belikan no pin utk saya dan adik saya…bila saya tengok slip bank tu,adik saya kategori A sebab dia lepasan SPM..saya pula lepasan diploma politeknik,tapi dalam slip bank tu BSN letak kategori B (Rm15.60)
sama ke tidak ye??? atau saya kena tukar kategori tu?? mohon membantu ye?
Betol dah tu kategori B. Saya pon ingat salah beli. Tapi dah call KPM dan KPM kata kena pakai kategori B. Kategori A untuk SPM je. Kalau x, xda guna kita buat diploma di Politeknik kalau sijil diploma tu setaraf dengan SPM. 🙂
saya adalah lepasan diploma politeknik ,tetapi saya tak yakin dengan maklumat di atas .sebetulnya lepasan diploma politeknik adalah kategori A ????
tlg la jwb …pnting untuk saya
Salam.. saudari boleh cuba rujuk di http://upu.mohe.gov.my/
Betol dah tu kategori B. Saya pon ingat salah beli. Tapi dah call KPM dan KPM kata kena pakai kategori B. Kategori A untuk SPM je. Kalau x, xda guna kita buat diploma di Politeknik kalau sijil diploma tu setaraf dengan SPM. 🙂
Cuba rujuk di http://upu.mohe.gov.my/
bilakah pembelian pin number UPU tutup? januari atau april?
bilakah pembelian pin number UPU itu tutup? januari atau april?
Salam , ayah sy telah membeli kod pn upu
Pd 15/1/14 . Sy ktgeri b .adakah sy perlu bli yg bru?, tarikh sah laku kod pin upu tersbut pd 31/12/14 . adakah betol sy mblinya.
saya sudah membeli no pin PADA 9/1 2014…adakah no pin ini boleh digunakan mengisi UPU untuk kemasukan 2014/15?? bukankah admin telah byatakan tarikh pembelian no pon adalah pada 20/1/2014?? agak confiuz 🙁
(harap admin balas)
“bukankah admin telah menyatakan tarikh pembelian no pon adalah pada 20/1/2014?? agak confiuz 🙁
ia betul.. telah kami nyatakan di post diatas.
itu kami tak pasti.. sebab berdasarkan surat yg ada dengan kami tertulis sistem dan no pin akan mula dibuka pada 20 Jan 2014..tak pastilah kalau ada perubahan. Tapi biasanya akan dimaklum jika ada perubahan.
salam, tarikh sebenar permohonan dan pembelian unik ID 7/1/2014 atau 20/1/2014 sperti yg dinyatakan? sebab dalam upu.mohe.gov.my/portal/arkib/1314_TARIKH_PENTING.pdf kata Pembelian No. Unik ID & Permohonan Kemasukan Ke IPTA/Politeknik & ILKA Bagi Sesi Akademik 2014/2015 dah dibuka sejak 7/1/2014
Salam, maklumat kami adalah berdasarkan surat yang diedar dari KPT. Untuk pengetahuan tarikh yang dinyatkan pada link tersebut ialh 7 / 1/ 2013 dan bukanya 2014.. tarikh tu adalh tarikh tahun lepas. terima kasih.
berdasarkan informasi di atas, pembelian pin unik ID mempunyai dua kategori iaitu Kategori A dan Kategori B. saya merupakan lepasan diploma dari Politeknik dan saya ingin apply Ijazah di IPTA, tetapi, dalam kategori A menyatakan Lepasan Diploma Politeknik sebaliknya kategori B menyatakan Lepasan Diploma… Kedua-dua kategori telah mengelirukan saya untuk membeli pin unik ID. Bolehkah beliau menyelesaikan masalah saya ini? Saya kena beli pin unik ID dlm Kategori A atau B? Ada apa perbezaan antara Lepasan Diploma Politeknik dan Lepasan Diploma?
Salam,
tumpang tanya, boleh ke beli dua pin unik ID (kategori A dan B) sekaligus?
Hal ini kerana saya ada asasi swasta, tapi saya risau tidak diterima utk degree, jadi nak cuba apply guna SPM dan lihat jika saya boleh mula semula dgn diploma IPTA.
Untuk lepasan Diploma Politeknik kategori A or kategori B?
salam, no pin ni untuk lepasan diploma juga ke? untuk ke semua ipta? ini untuk pengambilan bulan berapa ye? TQ.
adakah pembelian unik ID boleh dibeli di mana-mana cawangan BSN? atau tempat tertentu sahaja?
boleh dibeli dimana2 cawangan BSN.. tapi pastikan cawangan bukan pos kecil atau agen.. tak pasti kalau di agen BSN.
kalau dah terbeli no pin pada bulan Oktober 2013,untuk lepasan SPM 2013, boleh tak guna untuk kemasukan 2014 akan datang sebab seperti mana kebiasaannya jualan no pin dijual adalah mulai Januari 2014.
kebiasaanya tidak boleh.. no pin yang digunakan hanyalah bagi pembelian pada tarikh ia dibuka.