Peluang baik, satu permohonan online IKBN dibuka untuk sesi kemasukan Januari 2015 nanti. IKBN atau Institut Kemahiran Belia Negara merupakan peluang baik untuk pelajar melanjutkan pelajaran dalam bidang kemahiran bagi memenuhi tuntutan bidang pasaran kerja berkemahiran tinggi masa akan datang.
Permohonan IKBN ini terbuka kepada semua belia warganegara Malaysia yang berumur 18 – 30 tahun bagi mengikuti Latihan Kemahiran peringkat Sijil Kemahiran ( SKM / DKM/ DLKM ) Tahap 1-5, Persijilan JKKP, Persijilan Suruhanjaya Tenaga ( ST ) dan Diploma MQA di Institut Kemahiran Belia Negara dalam bidang-bidang utama seperti dibawah :
- Teknologi Mekanikal
- Teknologi Automotif
- Teknologi Awam
- Teknologi Elektrik
- Teknologi Elektronik
- Teknologi Tekstil
- Teknologi Marin
- Teknologi Hospitaliti
- Teknologi Fotografi
- Teknologi Maklumat
- Teknologi Personal
- Teknologi Sukan
Syarat Utama Permohonan
- Warganegara Malaysia
- Umur 18-30 tahun
- Tamat tingkatan 5
- Sihat tubuh badan dan belum berkahwin
Kelebihan dan kemudahan yang disediakan :
- Tuntutan tambang penerbangan pelajar melibatkan perjalanan Sabah dan Sarawak
- Elaun bulanan RM 100 – Rm 300 sepanjang tempoh pembelajaran
- Penginapan, makanan dan minuman disediakan
Permohonan Online IKBN
Permohonan online IKBN telah disediakan, anda hanya perlu masukkan no kad pengenalan masing-masing untuk memohon. TETAPI, sebelum itu anda perlulah terlebih dahulu mempunyai pilihan kursus yang diingini berdasarkan syarat yang ditetapkan. Oleh itu, anda dinasihatkan merujuk syarat permohonan mengikut kursus yang disediakan ( Maklumat Lanjut ) .
Sekiranya anda faham dan ingin membuat permohonan, bolehlah terus ke aplikasi permohonan yang disediakan ( Klik Sini ).
Tempoh permohonan : 24 September – 31 Oktober 2014
Pertanyaan dan maklumat lanjut :
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, anda dinasihatkan untuk terus menghubungi hotline : 03-88713651/ 3652/ 3653/ 3646/ 3685. Anda juga boleh menghubungi terus IKBN pilihan anda di setiap negeri di Malaysia. Semoga permohonan ke IKBN anda Berjaya.
Safuwa syuhada binti othman
Saya ingin masuk ikbn