Permohonan Online MRSM Tingkatan 1 2012

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Permohonan MRSM Tingkatan 1 2012 Telah Dibuka

Permohonan Online MRSM Tingkatan 1 2012 1
Permohonan MRSM

Bagi calon lepasan UPSR tahun 2011, permohonan online ke MRSM untuk tingkatan 1 kemasukan 2012 akan dibuka hari ini selepas keputusan UPSR diumumkan.

Permohonan untuk ke tingkatan 1 Maktab Rendah Sains MARA ini merupakan pilihan yang agak baik dalam menyediakan persekitaran yang selesa serta situasi pembelajaran yang membina kepada anak-anak. Persekitaran yang membina membuatkan pelajar di MRSM mempunyai persaingan yang sengit dikalangan pelajar terpilih untuk cemerlang dalam pelajaran. Persaingan tersebut membuatkan peningkatan prestasi akademik serta bidang lain juga.

Info Tambahan :  Tingkatan Enam: Subjek, Mod dan Tips Berjaya 2023

Untuk memohon ke MRSM pelajar perlu rujuk syarat permohonan, kategori serta cara memohon dalam terbitan xpresi sebelum ini KLIK SINI 

Untuk memohon bolehlah mengisi borang permohonan MRSM tingkatan 1 2012 di buka hari ini 17hb November 2011 selepas keputusan UPSR diumumkan iaitu kira-kira pukul 9-10 pagi.

Klik dibawah untuk mengisi borang online :

http://spmrsm.mara.gov.my/online

 Diharapkan permohonan ke MRSM bagi tingkatan 1 2012 yang dibuat diterima. Semoga persekitaran yang baru dapat disesuaikan serta meningkatkan kecemerlangan.

15 thoughts on “Permohonan Online MRSM Tingkatan 1 2012”

    1. Untuk masuk ke sekolah bukit jalil biasanya melalui ujian tertentu yang dijalankan oleh Unit Sukan JPN dan pengenalpastian bakat. Tawaran akan diberikan kepada pelajar yang berpotesi oleh kerana tempat yang terhad. Maklumat lanjut akan kami cuba sediakan sekiranya ada kelapangan.

  1. Permohonan ting 4 2012 anak saya tidak berjaya. Nak tanya adakah ia nya ada kaitan dgn kesilapan no. Kad pengenalan dalam database MRSM? Angka giliran dan nama betul.

  2. al-amin haziq b mahadi

    saya berjaya ke MRSM Gerik,Perak pada 8/2/2012 tetapi saya tak dapat nak download surat tawaran,sudah 3 hari saya cuba,masih tak berjaya.macam mana ye..nak daftar kena ada surat tawaran…

    1. Masa lepas masukkan kad pengenalan tu..ada tak butang muat turun surat tawaran..cuba klik dan perhatikan sebarang muat turun..ataupun adik haziq bleh ke pejabat mara terdekat untuk dapatkan bantuan..

  3. JAMEAH BT MOHD ADAM

    salam,,,,bile agak nye ye boleh tahu keputusan untuk mrsm akn kluar untuk tahun 2012….dan ape laman web untuk semkan ye????????

  4. Sofian Bin Nordin @ Arshad

    Salam..keputusan permohonan utk kemasukan MRSM tkt 1 2012 dah keluar ke tuan ? Anak Saya hari tu ambil ujian kelayakan & temuduga diMRSM Taiping..

  5. Salam, saya ada buat permohonan online kemasukan ke mrsm utk anak saya tapi tak print kerana terlepas pandang. Hari ni anak saya ke mrsm besut untuk duduki peperiksaan tapi nama tidak tersenarai. Bolehkah saya merayu untuk memohon semula atau bagaimana caranya, kesian anak saya

  6. nurul aisyah binti ab ghafar

    salam macam mana nak cek balik borang mrsm yang kite da hantar and print tu..dan macam mana nak semak balik tarik ujian KMM tu..terlepas pandang waktu isi borang hari tu..

    1. As Salam, kalau nak cek rasanya dah xboleh..sebab sistem dah tutup..tarikh ujian tu?rasanya dah ada buat ujian kat beberapa tempat minggu ni..ada terima apa2 jawapan tak dari pihak MRSM?

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top