Satu permohonan menarik untuk dipertimbangkan ibu bapa untuk menghantar anak ke Maktab Rendah Sains MARA ( MRSM ).
Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) menyediakan sistem pendidikan yang berteraskan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) bagi melahirkan insan cemerlang yang holistik, inovatif dan berintegriti.


MARA mempelawa calon-calon yang memiliki sahsiah terpuji, jati diri yang tinggi dan cemerlang dalam akademik serta aktif dalam aktiviti kokurikulum untuk mengikuti Sistem Pendidikan MRSM (SPMRSM) yang menawarkan program-program berteraskan kurikulum kebangsaan dan antarabangsa.
Keutamaan diberikan kepada pemohon daripada keluarga berpendapatan rendah yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.
Permohonan secara online bagi Tingkatan 1 dan 4 dibuka mulai 8 September 2019 hingga 30 November 2019.
Calon yang berminat dinasihatkan untuk membuat permohonan awal tanpa menunggu keputusan peperiksaan UPSR dan PT3.
Maklumat Program MRSM.
- Program IGCSE
- International Baccalaureate– Middle Years Programme (IBMYP)
- Program Teknikal
- Program Ulul Albab
- Program Premier
- Program Khas Pendidikan (PKP)
Pastikan anda telah membaca dan memahami semua Program MRSM sebelum membuat permohonan.
Sumber : ewarta Mara