Permohonan Online MRSM Tingkatan 4 Sabah/Sarawak 2012

Hargai Kami, Kongsi Info Ini Pada Rakan Anda !
Share on Facebook
Facebook
Tweet about this on Twitter
Twitter
Share on Google+
Google+
Print this page
Print
MRSM

Bagi pelajar tingkatan 3 di Sabah dan Sarawak yang ingin melanjutkan pelajaran ke Maktab Rendah Sains Mara MRSM untuk tahun 2012 Permohonan online telah dibuka dan akan berakhir pada 5 Januari 2012.

Maktab Rendah Sains Mara atau MRSM ialah sebuah sekolah elite yang mempunyai pelajar terpilih dimana antaranya cemerlang dari segi akademik serta kokurikulum. Menjadi pelajar di MRSM memberi  pendedahan kepada persekitaran yang membina serta persaingan sengit dalam akademik terutama bidang sains dan matematik.

Syarat Kelayakan Memohon

  1. Permohonan  terbuka kepada pelajar yang bersekolah di Sabah dan Sarawak
  2. Mendapat sekurang-kurangnya 5A 3B (A dalam Matematik dan Sains) dan tiada gred C, D atau E bagi subjek teras dalam PMR.

Syarat Memohon Online

  1. Pelajar Bumiputera tingkatan tiga di Sabah dan Sarawak dan pelajar bukan Bumiputera (tingkatan tiga yang sedang menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan) di Sabah dan Sarawak.
  2. Pelajar yang sedang menuntut di  Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Kementerian Pelajaran tidak dibenarkan memohon dan tidak akan ditawarkan ke  MRSM.

Cara mendapatkan kata laluan untuk memohon MRSM

  1. Untuk mendapatkan kata laluan boleh ke Pejabat MARA Negeri, Pejabat MARA Daerah dan MRSM yang berhampiran.
  2. Sila bawa salinan Kad pengenalan serta keputusan PMR yang disahkan benar .
  3. Isi permohonan secara online selengkapnya
  4. Cetakan borang selepas selesai mengisi perlu dihantar ke alamat

(Permohonan Ke Tingkatan 4)

Pengarah,

Bahagian Pendidikan Menengah,

Tingkat 19, Ibu Pejabat MARA, 

21, Jalan Raja Laut,

50609 KUALA LUMPUR

 Cara Memohon, Alamat Untuk Memohon dan Mengisi Borang Permohonan

  1. Untuk memohon, terlebih dahulu sila ke alamat : http://mohon.mrsm.edu.my/form4/login.jsp
  2. Masukkan No kad pengenalan dan Kata laluan ( kata laluan boleh diambil di pejabat MARA dan MRSM berdekatan )
  3. Klik Pada login
  4. Isi selengkapnya borang permohonan online tersebut
  5. Hantar secara online permohonan tersebut
  6. Cetak borang selepas mengisi dan hantar.
  7. Cetakan borang perlu dihantar ke alamat yang disertakan diatas

 Tarikh Tutup Permohonan

  1. Tarikh akhir permohonan secara online ialah pada 5 Januari 2012.
  2. Tarikh akhir menghantar cetakan borang dan dokumen yang berkaitan ialah selewat-lewatnya pada 10 Januari 2012.
  3. Pemohon  boleh menyemak keputusan ke MRSM pada bulan Februari. Sekiranya  pemohon tidak menerima sebarang jawapan sehingga 30 April 2012 permohonan anda dianggap tidak berjaya.

Anda dinasihatkan untuk merujuk Iklan penuh Permohonan DISINI

Diaharapkan maklumat bekenaan permohonan ke MRSM 2012 ini dapat membantu. Selamat berjaya

p/s : Jangan lupa untuk Join kami di Telegram untuk lebih pantas menerima berita Kerja kosong atau permohonan lain seperti biasiswa. Join Telegram

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here