Bagi calon lepasan PT3, permohonan ke Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah teknik telah dibuka untuk permohonan secara online. Perlu diingatkan permohonan adalah kepada pelajar lepasan tigkatan 3 tahu semasa.
Terbaru 5 Oktober 2015 : |
Permohonan Kolej Vokasional dan Sekolah Teknik 2016 Telah dibuka ( Klik Untuk Maklumat Lanjut ) |
Permohonan Online Kolej Vokasional dan sekolah menengah teknik 2015
Untuk membuat permohonan, anda sebaiknya meneliti panduan permohonan yang disediakan Maklumat lanjut.
Jika anda faham dan ingin membuat permohonan bolehlah mula membuat permohonan di http://apps5.moe.gov.my/sptv/kvsmt_2015/
Syarat umum dan syarat khusus pengambilan murid bagi Program kolej vokasional
- Calon adalah Warganegara Malaysia
- Calon Tingkatan 3 (Tiga) yang telah menduduki PT3 2014
- Calon sihat tubuh badan
- Calon bebas daripada sakit kronik (masalah jantung, darah tinggi, kencing manis, sawan (epilepsy) dan lain-lain penyakit yang boleh mengehadkan murid daripada melaksanakan kerja amali)
- Calon berminat dengan program dipohon
Setiap program yang dipilih mempunyai syarat khusus. Anda boleh rujuk Sini untuk melihat syarat khusus program.
Permohonan kali ini dilengkapi dengan maklumat terperinci kursus memandangkan ada pelajar yang masih belum memahami dan mengetahui kursus yang ditawarkan. Hal ini bagi mengelakkan calon tersalah pilih kursus atau mengambil kursus yang tidak diminati. Untuk mengetahui info kursus bolehlah anda rujuk http://apps5.moe.gov.my/sptv/kvsmt_2015/info_kursus.pdf
Memilih program kemahiran merupakan salah satu pilihan yang baik memandangkan masih banyak peluang pekerjaan yang memerlukan tenaga pekerja berkemahiran tinggi dalam negara. Selain itu, mereka yang berkemahiran tinggi berkeupayaan untuk mewujudkan pekerjaan sendiri dan menghasilkan produk atau perkhidmatan sendiri yang mampu meningkatkan pendapatan masing-masing.
17 thoughts on “Permohonan Online Program Kolej vokasional dan Sekolah Menengah Teknik 2015”
Saya nak masuk kolej vokasional. Macam mana nak masuk
mohon sangat bantuan.Saya sudah isi borang permohonan kv tetapi saya lupa untuk cetak permohonan sehingga permohonan sudah tutup.Bagaimana dan apa yang patut saya lakukan?
hai.saya ingin mahu sangat ke vokalsional ni..but msih permohonan da tutup..
bila nk isi borang web pun bagi salah
Salam, maklumat ni untuk kemasukan 2015 , untuk kemasukan terbaru 2016 sila rujuk https://www.xpresi.org/permohonan-kolej-vokasional-dan-sekolah-teknik-2016/
MACAM MANA NK MASUK KOLEJ VOKASIONAL
Sye dah mohon kolej.vokasional.. Tpi.kputusan dia Akan keluar melalui on9 ke?
Iya, ada semakan online.. tarikh 20-25 januari 2015 rujuk https://www.xpresi.org/tarikh-semakan-keputusan-kolej-vokasional-dan-sekolah-teknik-2015/
mcm mane nak print borang permohonan yg dh siap?
knp tak bley mohon ? banyak kali saya bukak .
Ada tak permohonan untuk pelajar pt3 ke kolej pengajian tinggi mara ?
Macam mana nak tau band apa yang kita Telah Capai ?
kenapa saya tak boleh membuat pilihan kolej vokasional/SMT ? tiada option yang diberikan
Kenapa dia kata kombinasi KP dan ANGKA GILIRAN salah?
Angka giliran yang PT3..cuba semak balik..atau tersalah capslock.
saye nak masuk kolej vokasional . macam mane tu ..
assalamualaikum.. kwan kwan sya smua dh trima msj untuk di temuduga .. tpi sya blom trima apa apa msj … kwan kwan sya ambil bhgian yg lain dri sya .. klau bhgian yg diambil brlainan.. adakah msj itu jga akan dihantar pda hri yg lain ??.. harap harap sya akan prgi ke kv ..