Permohonan Online Program Kolej vokasional dan Sekolah Menengah Teknik 2015

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Bagi calon lepasan PT3, permohonan ke Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah teknik telah dibuka untuk permohonan secara online.  Perlu diingatkan permohonan adalah kepada pelajar lepasan tigkatan 3 tahu semasa.

Terbaru 5 Oktober 2015 :

Permohonan Kolej Vokasional dan Sekolah Teknik 2016 Telah dibuka ( Klik Untuk Maklumat Lanjut )

Permohonan Online Kolej Vokasional dan sekolah menengah teknik 2015

Untuk membuat permohonan, anda sebaiknya meneliti panduan permohonan yang disediakan Maklumat lanjut.

Info Tambahan :  Cuti Sabatikal: Apa Itu dan 3 Cara Bagaimana

Jika anda faham dan ingin membuat permohonan bolehlah mula membuat permohonan di http://apps5.moe.gov.my/sptv/kvsmt_2015/

Syarat umum dan syarat khusus pengambilan murid bagi Program kolej vokasional

  • Calon adalah Warganegara Malaysia
  • Calon Tingkatan 3 (Tiga) yang telah menduduki PT3 2014
  • Calon sihat tubuh badan
  • Calon bebas daripada sakit kronik (masalah jantung, darah tinggi, kencing manis, sawan (epilepsy) dan lain-lain penyakit yang boleh mengehadkan murid daripada melaksanakan kerja amali)
  • Calon berminat dengan program dipohon

Setiap program yang dipilih mempunyai syarat khusus. Anda boleh rujuk Sini untuk melihat syarat khusus program.

Permohonan kali ini dilengkapi dengan maklumat terperinci kursus memandangkan ada pelajar yang masih belum memahami dan mengetahui kursus yang ditawarkan. Hal ini bagi mengelakkan calon tersalah pilih kursus atau mengambil kursus yang tidak diminati. Untuk mengetahui info kursus bolehlah anda rujuk http://apps5.moe.gov.my/sptv/kvsmt_2015/info_kursus.pdf

Info Tambahan :  Chevening Scholarship 2023 Dibuka Ogos

Memilih program kemahiran merupakan salah satu pilihan yang baik memandangkan masih banyak peluang pekerjaan yang memerlukan tenaga pekerja berkemahiran tinggi  dalam negara. Selain itu, mereka yang berkemahiran tinggi berkeupayaan untuk mewujudkan pekerjaan sendiri dan menghasilkan produk atau perkhidmatan sendiri yang mampu meningkatkan pendapatan masing-masing.

17 thoughts on “Permohonan Online Program Kolej vokasional dan Sekolah Menengah Teknik 2015

  1. mohon sangat bantuan.Saya sudah isi borang permohonan kv tetapi saya lupa untuk cetak permohonan sehingga permohonan sudah tutup.Bagaimana dan apa yang patut saya lakukan?

      1. assalamualaikum.. kwan kwan sya smua dh trima msj untuk di temuduga .. tpi sya blom trima apa apa msj … kwan kwan sya ambil bhgian yg lain dri sya .. klau bhgian yg diambil brlainan.. adakah msj itu jga akan dihantar pda hri yg lain ??.. harap harap sya akan prgi ke kv ..

Leave a Reply to syafiqah yusoff Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *