Permohonan Pegawai Angkatan Tentera ATM 2012

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:
Permohonan Pegawai Angkatan Tentera ATM 2012 1
ATM

Bagi graduan lepasan Universiti yang berminat dan berkelayakan  untuk memohon Pegawai untuk Angkatan Tentera Malaysia ATM, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mempelawa graduan warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk berkhidmat sebagai pegawai dalam Perkhidmatan Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Syarat AM permohonan pegawai ATM Graduan

Jantina:

  • Perkhidmatan Tentera Darat Malaysia (TDM)   –   Lelaki sahaja.
  • Perkhidmatan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) –   Lelaki dan wanita.

Umur:

  • Tidak melebihi 27 tahun pada 1 Mac 2012.

Fizikal:

  • Tinggi minimum :    1.62m (Lelaki) / 1.57m (Wanita).
  • Berat minimum  :    47.5 kg (Lelaki) / 45.0 kg (Wanita).
  • Ukuran dada minimum (Lelaki sahaja) :   76sm.
  • Body Mass Index (BMI) 18.0 hingga 23.0.
Info Tambahan :  mySPP: Cara Daftar dan Jawatan Kosong 2023

Taraf Kesihatan.

  • Tahap penglihatan ialah 6/6 tanpa kaca mata dan kanta lekap. Calon-calon mesti lulus pemeriksaan kesihatan yang dijalankan oleh Pegawai Perubatan ATM iaitu memenuhi taraf Darjah Kesihatan Tubuh (DKT – Forward Everywhere (FE).

Kriteria Pemilihan.

  • Proses pemilihan adalah berdasarkan kepada merit Kelayakkan Akademik, Ujian Kepimpinan, Ujian Fizikal dan Prestasi Temuduga.  Kecemerlangan dalam bidang sukan akan diberi keutamaan.

Untuk maklumat lanjut, syarat Kelayakan Akademik, Perlantikan dan pertauliahan, cara memohon, anda digalakkan membacanya dengan teliti di Portal Rasmi ATM atau KLIK SINI untuk iklan penuh.

Tarikh tutup permohonan ialah pada :  31 Januari 2012

3 thoughts on “Permohonan Pegawai Angkatan Tentera ATM 2012”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top