Satu permohonan dibuka oleh Petronas untuk penajaan pendidikan peringkat university kepada calon-calon SPM 2012 dalm bidang berkaitan industri minyak dan gas di Universiti Teknologi PETRONAS dan universiti-universiti luar negara.
Syarat Permohonan
- Calon-calon mestilah menggunakan keputusan SPM 2012.
- Calon-calon mestilah warganegara Malaysia.
- Calon-calon mestilah berumur sekurang-kurangnya 17 tahun dan tidak melebihi 19 tahun pada tahun 2013.
- Mempunyai ciri-ciri kepimpinan serta aktif di dalam aktiviti ko-kurikulum.
- Calon-calon mestilah memperoleh keputusan tujuh (7) A+ dan sekurang-kurangnya dua (2) A- dalam keputusan SPM 2012.
Syarat-syarat Khas mengikut bidang pengajian ( Klik SIni )
Cara memohon
- Permohonan mestilah dibuat secara “online” melalui Laman Rasmi Permohonan.
- Sila baca dengan teliti Panduan Permohonan dan Panduan Mengisi Borang. Untuk muat turun, sila klik Panduan Permohonan dan Panduan Mengisi Borang yang disediakan.
- Bagi permohonan Penajaan Pendidikan PETRONAS ke Universiti Teknologi PETRONAS (UTP), pemohon dikehendaki :- Memohon terlebih dahulu kemasukan ke UTP di laman web http://www.utp.edu.my DAN Seterusnya memohon Penajaan Pendidikan PETRONAS ke UTP di laman ini.
- Bagi permohonan Penajaan Pendidikan PETRONAS ke Universiti Luar Negara, pemohon dikehendaki mengisi borang di laman ini.
- Pemohon yang disenarai-pendek akan dipanggil untuk melalui proses penilaian di “PETRONAS YoungStars Day” pada bulan April 2013. Proses pemilihan terakhir akan dibuat selepas “PETRONAS YoungStars Day”.
- Keputusan tawaran biasiswa akan dimaklumkan pada bulan Mei 2013.
Anda dinasihatkan merujuk Maklumat Penuh permohonan untuk mendapatkan gambaran lebih jelas bekenaan permohonan ini.