Permohonan Pendaftaran Murid Tahun 1 Ambilan 2022 Dan 2023

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Pendaftaran murid tahun 1

Hampir setahun kita menghadapi pandemik COVID -19 ini, sedar tak sedar anak-anak sudah pon mula mendaftar dan melangkah ke tahun satu. Wow, sudah pun masuk tahun 2021 dan kini ibu bapa perlu buat persiapan untuk mendaftar anak masuk ke tahun 1. Permohonan pendaftaran murid Tahun 1 ambilan 2022 dan 2023 kini sudah dibuka. Justeru itu, ibu bapa perlu peka akan situasi semasa bagi mengelakkan anak daripada terselepas mendaftar ke tahun 1.

Semasa melakukan permohonan pendaftaran murid tahun 1 ibu bapa perlu memastikan dokumen PENTING WAJIB ada. Walaupun, dokumen penting biasanya ada di dalam rumah dan mudah untuk dicari tetapi kebiasaanya apabila masa hendak melakukan pendaftaran pastinya tidak jumpa dokumne yang dikehendakinya

Info Tambahan :  Kerja Remote di LinkedIn: 8 Langkah Untuk Success

Permohonan Pendaftaran Murid Tahun 1 Ambilan 2022 Dan 2023

Permohonan pendaftaran murid tahun 1 ambilan 2022 dan 2023 akan DIBUKA mulai 1 Mac 2021 (Isnin) secara atas talian di Sistem Pendaftaran Atas Talian (SPATKPM) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

“KLIK DISINI” bagi laman web Rasmi SPATKPM.

Murid Tahun 1 yang layak mendaftar kemasukan tahun 1 2022/ 2023

  • Lahir pada 2 Januari 20015 sehingga 1Januari 2016 (Bagi kemasukan ke sesi persekolahan tahun 2022)
  • Lahir pada 2 Januari 2016 sehingga 1 Januari 2017 (sesi persekolahan tahun 2023)

NOTA RINGKAS!!!

√ Browser yang sesuai digunakan semasa pendaftaran adalah Internet Explore (IE) 7 dan keatas ATAU Google Chrome
Pastikan Internet akses anda adalah ditahap kelajuan yang bagus bagi mengelakkan ibu bapa menunggu lama untuk melakukan pendaftaran

PERINGATAN!!!
Bagi ibu bapa yang tiada peralatan komputer atau akses ke talian internet, ibu bapa boleh hadir ke sekolah bagi mendapatkan bantuan menggunakan peralatan komputer dan akses talian internet sekolah atau hadir ke Pusat Internet Desa (PID) yang berhampiran.

Info Tambahan :  15 Kerja Part Time Dari Rumah

Cara melakukan pendaftaran murid tahun 1 ambilan 2022 dan 2023 secara atas talian:-

a) Layari laman web Rasmi SPATKPM

Pendaftaran murid tahun 1

b) Bagi pengguna yang sedia ada, anda hanya perlu log masuk menggunakan kad pengenalan dan kata laluan yang sudah berdaftar

Permohonan Pendaftaran Murid Tahun 1 Ambilan 2022 Dan 2023 1

c) Bagi PENGGUNA BARU SPATKPM anda perlu mendaftar terlebih dahulu.

Pendaftaran pengguna baru adalah menggunakan ID pengenalan ibu bapa/ penjaga.

“Pendaftaran PENGGUNA BARU SPATKPM boleh KLIK DISINI”

d) TIADA pengisian Borang Maklumat Murid (BMM) secara manual

Pengisian borang permohonan pendaftaran maklumat adalah seperti berikut:-

  1. Isikan maklumat prasekolah/ tadika anak
  2. Profil kesihatan anak
  3. Rekod imunisasi anak

Dokumen PENTING yang perlu dibawa bersama ketika menghantar borang pengesahan. Antara dokumennya adalah:-

1) Buku vaksin

Tarikh-tarikh mengambil vaksin merupakan salah satu tarikh penting semasa hendak melakukan pendaftaran murid tahun 1

2) Surat beranak Original dan Mykid

Bawa 1 salinan yang sudah di photocopy agar memudahkan urusan penghantaran ke pihak sekolah.

3) Sijil kawin/ cerai/ hak penjagaan

“Bawa 1 salinan yang sudah di photocopy sijil kawin/ cerai/ hak penjagaan anak agar memudahkan pihak sekolah menyimpan maklumat pelajar berkenaan dengan status keluarga”

4) Slip gaji

“Slip gaji bagi mengetahui taraf gaji ibu bapa bagi memudahkan pihak sekolah memberi bantuan kepada pelajar yang memerlukan seperti situasi pandemik sekarang”

5) Kad pengenalan ibu bapa

“Bawa 1 salinan yang sudah di photocopy I/C ibu bapa agar memudahkan pihak sekolah menyimpan maklumat pelajar”

6) Gambar passport anak

7) Borang persetujuan perkhidmatan kesihatan dan imunisasi anak

“Borang persetujuan ini penting bagi memastikan ibu bapa setuju bagi memberikan anak mereka imunisasi TANPA paksaan dari orang luar”

8) Bil api/air

“Ianya merupakan salah satu bukti pengesahan status tempat tinggal anak”

9) Pilihan 3 sekolah yang berdekatan dengan kawasan tempat tinggal

Semasa ibu bapa melakukan pemilihan sekolah, ibu bapa WAJIB ketahui code sekolah bagi memastikan anak mendapat sekolah yang dikehendakinya.

Cara untuk mendapatkan code sekolah adalah dengan:-

  • Google nama sekolah bagi mendapatkan code sekolah
  • Telefon pihak sekolah bagi mendapatkan cose sekolah

Setelah selesai membuat pemilihan 3 sekolah yang dikehendaki, maka ibu bapa WAJIB menghantar hard copy ke sekolah yang dipilih. TETAPI hard copy itu hanya akan di hantar ke sekolah PERTAMA sahaja BUKAN pilihan sekolah kedua atau ketiga.

“Setiap dokumen yang diperlukan BERBEZA-BEZA mengikut kehendak pihak sekolah yang anda pohon, setiap sekolah mungkin mempunyai dokumen tambahan yang mereka perlukan atau sedikit berbeza daripada sekolah yang lain”

Jangan terlepas tarikh penting pendaftaran anak ke tahun 1. bagi mereka yang TIDAK mempunyai akses internet JANGAN malu untuk hadirkan diri ke sekolah bagi mendapatkan bantuan daripada pihak sekolah yang berdekatan.

“Generasi muda adalah penyambung kehidupan dan kelestarian generasi kini. Jadi, teruskan berusaha bagi memastikan mereka bakal menjadi tunggak pemimpin pada masa akan datang”

Rujukan:-
1)https://public.moe.gov.my/

3 thoughts on “Permohonan Pendaftaran Murid Tahun 1 Ambilan 2022 Dan 2023

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *