Permohonan Pengajian di USM 2014/ 2015

0
3
USM

Bagi yang berminat untuk ke USM, permohonan USM dibuka untuk permohonan melalui online. Calon-calon yang berkelayakan dipelawa memohon secara terus (online application) untuk mengikuti program pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda (Ijazah Pertama Penuh Masa) di Universiti Sains Malaysia (Universiti berstatuskan APEX) bagi Sidang Akademik 2014/2015.

Permohonan terbuka kepada :

  1.  Lepasan Matrikulasi/Asasi 2013.
  2.  Lepasan STPM 2013.
  3.  Lepasan Diploma/Setaraf – IB, AUSMAT, A-LEVEL dan lain-lain.

Calon-calon boleh mengemukakan permohonan melalui [email protected] dengan kaedah pembelian nombor PIN USM – PERDANA di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) dan setiap pembelian nombor PIN USM dikenakan bayaran sebanyak RM40. Seterusnya, calon perlu mendaftar menggunakan nombor PIN USM dan nombor Rujukan akan dijana oleh sistem dan akan dihantar kepada emel calon. Calon-calon adalah dinasihatkan untuk mencetak nombor Rujukan dan borang permohonan untuk simpanan dan rujukan.

USM menawarkan sebanyak 71 program pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda. Calon-calon boleh memilih sekurang-kurangnya satu [1] program pengajian dan maksima lapan [8] program pengajian bagi lepasan Matrikulasi/Asasi 2013 dan STPM 2013, manakala empat [4] program pengajian bagi lepasan Diploma/Setaraf. Sila rujuk Senarai Program Pengajian yang ditawarkan Sidang Akademik 2014/2015 di menu Panduan.

Baca Juga :  Permohonan UPSI Lepasan SPM Ambilan November 2017/ 2018

Bagi program pengajian yang memerlukan temuduga, tempoh temuduga diadakan adalah *8-20 Mei 2014. Semakan panggilan temuduga boleh dibuat pada Akhir April 2014 di [email protected]

Maklumat Tambahan bagi calon Matrikulasi/Asasi :

Calon-calon yang telah mengisi dan menghantar permohonan melalui [email protected] boleh melakukan pengubahsuaian dan pengemaskinian program pengajian yang dipilih setelah memperolehi keputusan peperiksaan Matrikulasi semester kedua. Sistem akan dibuka semula pada 3 – 9 Jun 2014 untuk membolehkan pengubahsuaian dan pengemaskinian dilakukan (Fasa II).

Hanya calon-calon yang telah membuat permohonan semasa Fasa I, layak membuat pengubahsuaian atau pengemaskinian program pengajian bukan temuduga sahaja.

Maklumat Tambahan bagi calon STPM :

Calon-calon yang telah mengisi dan menghantar permohonan melalui [email protected] boleh melakukan pengubahsuaian dan pengemaskinian program pengajian yang dipilih setelah memperolehi keputusan peperiksaan (bagi calon yang mengulang semula peperiksaan bertulis – U3). Sistem akan dibuka semula pada 2 – 6 Mei 2014 untuk membolehkan pengubahsuaian dan pengemaskinian dilakukan (Fasa II).

Baca Juga :  Keputusan Ulangan SPM Tahun 2017

Hanya calon-calon yang telah membuat permohonan semasa Fasa I, layak membuat pengubahsuaian atau pengemaskinian program pengajian bukan temuduga sahaja.

Maklumat Tambahan bagi calon Diploma/Setaraf :

Peringatan bagi kategori Diploma/setaraf, calon WAJIB mencetak MAKLUMAT PERMOHONAN setelah mengemukakan permohonan atau pengemaskinian maklumat dan menghantar bersama-sama salinan dokumen yang telah disahkan selewat-lewatnya 14 April 2013.

Dokumen yang diperlukan adalah :-

  1. Salinan Borang Permohonan
  2. Salinan Kad Pengenalan/MyKad calon
  3. Salinan Sijil SPM/Setaraf
  4. Salinan Keputusan Bahasa Melayu/Matematik Julai (Jika ada)
  5. Salinan Sijil MUET
  6. Salinan Sijil STPM/Setaraf (Jika Berkaitan)
  7. Setaraf Salinan Transkrip penuh Akademik (Semester 1 hingga akhir)
  8. Salinan Diploma/Sijil (Jika Ada)
  9. Salinan Surat Pengesahan Tamat Pengajian
  10. Salinan Cetakan Akreditasi MQA (http://www.mqa.gov.my)

Permohonan dianggap TIDAK LENGKAP dan TIDAK AKAN DIPROSES sekiranya USM tidak menerima Borang Permohonan dan dokumen lain yang diperlukan.

Sila hantar permohonan anda ke alamat :-

PERMOHONAN DIPLOMA/SETARAF,

SEKSYEN PENGAMBILAN PELAJAR,

BAHAGIAN PENGURUSAN AKADEMIK,

PEJABAT PENDAFTAR,

ARAS 2,BANGUNAN CANSELORI,

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA,

11800 USM,PULAU PINANG

Sila rujuk Sumber untuk maklumat lengkap

p/s : Jangan lupa untuk Join kami di Telegram untuk lebih pantas menerima berita Kerja kosong atau permohonan lain seperti biasiswa. Join Telegram

Panduan Percuma, Teknik Pendapatan Sampingan 4-5 angka Sebulan 

Apa Komen Anda :