Permohonan Pengajian ke Mesir, Jordan dan Maghribi sesi 2014/ 2015

Hargai Kami, Kongsi Info Ini Pada Rakan Anda !
Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on Google+Print this page
KPM

Satu permohonan dibuka bagi pengajian ke Timur Tengah seperti di Mesir, Jordan dan Marghribi. Permohonan pengajian ke Timur tengah ini mengikut bidang pengajian yang ditawarkan dan ianya boleh dimohon secara online.

Sasaran permohonan

Jika anda lepasan SPM dan STAM bolehlah cuba untuk mengisi permohonan online yang disediakan.

Bidang pengajian yang ditawarkan

Mesir

  • Perubatan, pergigian, farmasi
  • Pengajian Islam

Jordan

  • Perubatan, pergigian
  • Pengajian islam

Maghribi

  • Pengajian Islam

 

Syarat Kelayakan Minimun

Pemohon yang ingin mengikuti pengajian di universiti-universiti di  Timur Tengah hendaklah memenuhi syarat kelayakan minimum yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) seperti berikut:

 Permohonan ke Mesir

Syarat kelayakan minimum yang telah ditetapkan oleh KPM adalah seperti berikut:

 Perubatan, Pergigian & Farmasi

Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh sekurang-kurangnya gred B dalam subjek Biologi, Fizik, Kimia, Matematik, Matematik Tambahan, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Sejarah.

Pengajian Islam

Mempunyai Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan memperoleh sekurang-kurangnya pangkat MAQBUL dengan syarat sijil STAM tidak melebihi 3 tahun semasa membuat permohonan

DAN

Lulus Imtihan Qabul (IQ).

 Pengajian Qiraat

Mempunyai Diploma Qiraat daripada Darul Quran, JAKIM dengan syarat sijil / diploma tidak melebihi 3 tahun semasa membuat permohonan.

Permohonan ke Jordan

Syarat kelayakan minimum yang telah ditetapkan oleh KPM adalah seperti berikut:

 Perubatan & Pergigian

Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh Purata Peratusan Markah sekurang-kurangnya 90% bagi semua subjek SPM

DAN

Memperoleh sekurang-kurangnya gred A- bagi subjek Biologi, Fizik, Kimia, Matematik, Matematik Tambahan, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab Tinggi di peringkat SPM.

Baca Juga :  Intipati Bajet 2018 Warga Pendidikan

 Pengajian Islam

Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh Purata Peratusan Markah sekurang-kurangnya 80% bagi semua subjek SPM

DAN

Memperoleh sekurang-kurangnya gred A- bagi subjek Bahasa Arab Tinggi dan subjek yang berkaitan Pengajian Islam di peringkat SPM

Permohonan ke Maghribi

Syarat kelayakan minimum yang telah ditetapkan oleh KPM adalah seperti berikut:

 Pengajian Islam

Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) (tahun semasa) dengan memperoleh gred B dalam subjek berkaitan Pengajian Islam.  SPM bukan tahun semasa tidak akan diterima dan pemilihan adalah berdasarkan sistem meritokrasi.

Prosedur Permohonan

  • Pastikan anda membaca panduan permohonan ini sebelum mengisi permohonan atas talian.
  • Pastikan maklumat yang diisi adalah betul dan lengkap sebelum anda menghantar (send).
  • Anda dinasihatkan berhati-hati dan teliti semasa mengisi permohonan kerana setelah menghantar (send), tiada sebarang pindaan boleh dibuat. Permohonan anda adalah muktamad.
  • Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses.
  • Pastikan pengesahan penerimaan dan slip permohonan dipaparkan secara atas talian setelah anda menekan butang hantar (send) sebelum dicetak.
  •  Walaupun pemohon diberikan kebenaran untuk memilih institusi dan program pengajian, namun begitu KPT Mesir, Jordan dan Maghribi berhak menukar institusi dan program pengajian.
  • Pelajar dinasihatkan supaya tidak bekerja di sepanjang tempoh pengajian. Sekiranya ingin bekerja, pelajar disyaratkan supaya mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada pihak universiti dan perlu memastikan masa yang mencukupi untuk pelajaran di sepanjang tempoh pengajian.

Terjemahan SPM dan Sijil Lahir/ Surat Beranak/ Borang W  dalam Bahasa Arab boleh dibuat di Institut Terjemahan Buku Malaysia di alamat berikut;

Institut Terjemahan Buku Malaysia

Baca Juga :  Isu Penempatan Guru , Ini Jawapan SPP Pendidikan

Wisma ITBM

No. 2, Jalan 2/27E

Wangsa Maju, Seksyen 10

53300 KUALA LUMPUR

 

No. Tel : 03-4149 7210/ 03-4145 1800

(samb. 1850/ 1852/ 1854/ 1861)

No. Faks : 03-4149 1535/ 0341432939/ 0341432946

Terjemahan sijil SPM dan Sijil Lahir/ Surat Beranak/ Borang W perlu disahkan oleh Bahagian Konsular, Kementerian Luar Negeri di alamat berikut:

 

Ketua Setiausaha

Kementerian Luar Negeri

Bahagian Konsular, Wisma Putra

No 1, Jalan Wisma Putra, Presint 2

62602 Putrajaya

 

No tel : 03-8000 8000

No faks : 03-8889 1717

 

Semua dokumen sokongan perlu disahkan oleh Pegawai Kanan Kerajaan (Kumpulan A) / Ahli Dewan Undangan Negeri / Pesuruhjaya Sumpah / Pengetua / Guru Besar / Ketua Kampung / Penggawa / Penghulu.

Permohonan atas talian akan ditutup pada 16 Mei 2014 (Jumaat) pukul 12.00 tengah hari manakala borang permohonan atas talian yang telah dicetak berserta dengan dokumen-dokumen sokongan perlu dikemukakan ke alamat di bawah selewat-lewatnya 30 Mei 2014 (Jumaat) sebelum pukul 5.00 petang.

Pengarah

Bahagian Education Malaysia

Jabatan Pengajian Tinggi

Kementerian Pendidikan Malaysia

Aras 4, No 2, Menara 2, Jalan P5/6

Presint 5, 62200 PUTRAJAYA

 

Sekiranya dokumen sokongan tidak dikemukakan kepada bahagian ini pada tarikh yang ditetapkan, secara automatik permohonan akan terbatal.

Pemohon yang membuat permohonan dalam bidang Pengajian Islam ke Mesir perlu menghantar keputusan Imtihan Qabul (IQ) kepada Bahagian Education Malaysia dalam masa lima (5) hari bekerja daripada tarikh keputusan IQ diumumkan.

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut bolehlah menghubungi, Bahagian Education Malaysia, Jabatan Pengajian Tinggi di talian; 03-8000 8000 dan No. Faks: 03-8870 6853.

Untuk Maklumat lebih terperinci, anda dinasihatkan merujuk sumber :  Iklan Penuh

p/s : Jangan lupa untuk Join kami di Telegram untuk lebih pantas menerima berita Kerja kosong atau permohonan lain seperti biasiswa. Join Telegram

Panduan Percuma, Teknik Pendapatan Sampingan 4-5 angka Sebulan 

1 COMMENT

  1. Assalamualaikum. Nak tanya bagi pihak junior, bagi yang ingin sambung di Jordan sememangnya wajib A- ke? Boleh atau tak cuba apply untuk yang dapat B+? Terima kasih.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here