Permohonan Pengajian ke Timur tengah 2015

Hargai Kami, Kongsi Info Ini Pada Rakan Anda !
Share on Facebook
Facebook
Tweet about this on Twitter
Twitter
Share on Google+
Google+
Print this page
Print

Anda berminat belajar ke timur tengah seperti ke Mesir, Jordan dan morocco? Untuk tahun-tahun sebelumnya peluang ini membolehkan anda mengambil pengajian seperti perubatan, kejuruteraan dan pelbagai lagi. Namun demikian, esok baru akan dibuka permohonannya dan pilihan pengajian juga akan diketahui esok. Berikut ialah maklumat dan surat siaran oleh KPM bekenaan permohonan pengajian ke timur tengah.

  • Sukacita dimaklumkan bahawa pelajar Malaysia yang berhasrat untuk melanjutkan pengajian ke Timur Tengah (Mesir, Jordan dan Morocco) bagi sesi 2015/2016 perlu membuat permohonan secara atas talian di app.moe.gov.my/timurtengah.
  • Permohonan atas talian akan dibuka pada 10 Mac 2015 (Selasa) pukul 12.00 tengah hari dan akan ditutup pada 10 April 2015 (Jumaat) pukul 12.00 tengah hari. Manakala borang permohonan atas talian yang telah dicetak beserta dengan dokumen-dokumen sokongan perlu dikemukakan ke Bahagian Education Malaysia, Jabatan Pendidikan Tinggi selewat-lewatnya pada atau sebelum     08 Mei 2015 (Jumaat) sebelum pukul 5.00 petang.
  • Permohonan bagi melanjutkan pengajian ke Mesir, Jordan dan Morocco bagi bidang Pengajian Islam, Perubatan, Pergigian dan Farmasi HANYA diproses oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Oleh itu, semua permohonan perlu melalui atas talian dan dokumen yang lengkap perlu dihantar kepada KPM. Sebagai makluman, penggunaan agen bagi menguruskan permohonan dan penempatan ke Timur Tengah adalah atas pilihan dan tanggungjawab pelajar atau ibu bapa sendiri dan dimaklumkan bahawa KPM TIDAK MELANTIK mana-mana agen bagi menguruskan pelajar ke Timur Tengah.
  • Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut boleh merujuk kepada Bahagian Education Malaysia, Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia di talian 03-8870 6627/6226
Baca Juga :  Kekosongan Jawatan di Universiti Putra Malaysia 2018

Diharap bagi yang berminat dapat mengisi permohonan yang akan dibuka esok. Buatlah pilihan yang bijak dan cara yang betul bagi menjamin keselamatan dan kesejahteraan pengajian anda nanti.

p/s : Jangan lupa untuk Join kami di Telegram untuk lebih pantas menerima berita Kerja kosong atau permohonan lain seperti biasiswa. Join Telegram

1 COMMENT

  1. Salam…
    pd borang permohonan ad bhgian PENAJAAN tu,
    mcm mana nk pilih bg pemohon yg masih tiada penaja, tp sdg memohon dan menunggu mana2 penaja?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here