Permohonan Pengajian Ke Timur Tengah Kemasukan 2014/ 2015

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:
Permohonan Pengajian Ke Timur Tengah Kemasukan 2014/ 2015 1
KPM

Bagi yang berinat mengikuti pengajian ke timur tengah seperti Mesir, Jordan dan Maghribi. Satu permohonan dibuka oleh KPM untuk pelajar yang layak. Menurut sumber, maklumat permohonan adalah seperti berikut :

  • Permohonan secara atas talian di app.moe.gov.my/timurtengah.
  • Permohonan atas talian akan dibuka pada 01 April 2014 (Selasa) pukul 12.00 tengah hari dan akan ditutup pada 16 Mei 2014 (Jumaat) pukul 12.00 tengah hari. Manakala borang permohonan atas talian yang telah dicetak beserta dengan dokumen-dokumen sokongan perlu dikemukakan ke Bahagian Education Malaysia, Jabatan Pengajian Tinggi selewat-lewatnya 30 Mei 2014 (Jumaat) sebelum pukul 5.00 petang.
  • Permohonan bagi melanjutkan pengajian ke Mesir, Jordan dan Maghribi bagi bidang Perubatan, Pergigian, Farmasi dan Pengajian Islam HANYA diproses oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)  sahaja. Oleh itu, semua permohonan perlu melalui atas talian dan dokumen dihantar ke KPM. KPM tidak melantik mana-mana ejen penempatan pelajar bagi menguruskan permohonan dan penempatan pelajar ke Timur Tengah.
Info Tambahan :  Link Permohonan UPU dan Permohonan Pengajian Tinggi

Sebarang pertanyaan dan kemusykilan bolehlah dirujuk kepada Bahagian Education Malaysia, Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia di talian 03-8870 6611/6627.

Bahagian Education Malaysia

Jabatan Pengajian Tinggi

Kementerian Pendidikan Malaysia

Aras 4, No.2, Menara 2, Jalan P5/6

Presint 5, 62200 Putrajaya

2 thoughts on “Permohonan Pengajian Ke Timur Tengah Kemasukan 2014/ 2015

  1. Assalamualaikum wbt, berkenaan permohonan melanjutkan pengajian ke Timur Tengah ini, pihak KPM tidak menyediakan sebarang biasiswa . Oleh itu saya ingin memohon penaja daripada Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS), soalan saya adakah saya perlu membuat permohonan melanjutkan pengajian ke Timur Tengah terlebih dahulu dan mengisi maklumat penaja iaitu MAINS ATAU saya perlu menunggu kelulusan daripada pihak MAINS terlebih dahulu sebelum membuat permohonan pengajian ke Timur Tengah ??? Harap sangat soalan saya dijawab TERIMA KASIH .

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *