Satu maklumat yang agak menarik kepada yang berminat, satu permohonan dibuka untuk kursus pengajian Pra Diploma dan Diploma kejuruteraan Penyelenggaraan Kapal Terbang dibuka oleh Institut Latihan Jabatan Tenaga Manusia ILJTM.
Program ini dibuka dan dikemaskini setahun 2 kali iaitu januari dan julai setiap tahun. Lokasi pengajian adalah di ADTEC Shah Alam, Selangor.
Syarat Am Kemasukan
- Warganegara Malaysia berumur antara 17- 35 tahun
- Sihat tubuh badan, tidak buta warna atau pekak (tanpa alat bantuan) atau bisu atau cacat fizikal/anggota yang menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran
Syarat Kemasukan
Diploma Teknologi Kejuruteraan Penyelenggaraan Kapal Terbang
1. Lulus dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan 5 KEPUJIAN dalam matapelajaran berikut:
a) Bahasa Melayu
b) Bahasa Inggeris
c) Matematik / Matematik Tambahan
d) Sains/Sains Tambahan/Sains Gunaan/Fizik/Kimia/Subjek Teknikal
e) Satu matapelajaran lain
2. Lulus Sejarah (SPM 2013 dan seterusnya)
3. Lulus Peperiksaan Khas & Temuduga
Nota : Bagi pelajar bukan aliran Sains, sekurangkurangnya C+ dalam subjek Sains
PRA Diploma Teknologi Kejuruteraan Penyelenggaraan Kapal Terbang
1. Lulus dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan 4 KEPUJIAN dalam matapelajaran berikut:
a) Bahasa Melayu
b) * Bahasa Inggeris
c) **Matematik / Matematik Tambahan Sains/Sains Tambahan/Sains Gunaan/Fizik/Kimia/Subjek Teknikal
d) Satu matapelajaran lain
2. Lulus Sejarah (SPM 2013 dan seterusnya)
3. Lulus Peperiksaan Khas & Temuduga
Nota :
a) * Bagi calon yang mendapat D dalam matapelajaran Bahasa Inggeris, calon perlu mendapat sekurang-kurangnya C dalam peperiksaan Ulangan SPM atau sekurangkurangnya Band 5.0 dalam IELTS. Calon perlu memperbaiki keputusan peperiksaan sebelum mengemukakan permohonan.
b) ** Bagi pelajar aliran Sains, jika calon mendapat D dalam matapelajaran Matematik, calon perlu mendapat sekurang-kurangnya D dalam matapelajaran Fizik. Syarat ini disamatarafkan bagi pelajar Aliran Sastera/Lain-lain yang mendapat C dalam matapelajaran Sains /Sains Gunaan/Sains Tambahan.


Cara Memohon
- Permohonan adalah percuma, sila layari http://www.adtecsa.gov.my mulai 22 Ogos 2016 (Isnin) untuk muat turun borang permohonan.
- Tarikh tutup permohonan ialah pada 17 Oktober 2016 (Isnin).
- Borang permohonan yang lengkap perlu dihantar bersama dengan salinan Kad Pengenalan dan salinan Sijil SPM/slip Keputusan SPM ke :
Unit Pengambilan Pelajar
Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC)
Lot 5934-1, Jalan Bukit Kemuning
Seksyen 32,40460 Shah Alam,Selangor
ATAU Faks : 03-51612651
PERTANYAAN/MAKLUMAT LANJUT
Anda dinasihatkan rujuk iklan penuh ( Maklumat Lanjut )
Sila hubungi Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) di talian
03-51612622 sambungan 133 (Pn. Hayati) / 134 (Pn.
Zubaidah/Pn. Ziha)/135 (Pn. Haida)