- PJJ KPM
Permohonan akan dibuka bagi Guru lepasan diploma pendidikan untuk memohon Program Pensiswazahan Guru ( PPG ) bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma PPPLD ambilan ke 2 tahun 2012.
Maklumat Program adalah seperti berikut :
- Program ditawarkan oleh Bahagian Pendidikan Guru ( BPG ) KPM
- Dilaksanakan di Institut Pendidikan Guru ( IPG ), Institut Pengajian Tinggi Awam ( IPTA ) dan Institut Pengajian Tinggi Swasta ( IPTS )
- Tujuan adalah peluang kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma PPPLD meningkatkan kelayakan akademik ke peringkat Ijazah Sarjana Muda.
- Memenuhi keperluan guru Ijazah di sekolah menengah dan rendah.
- Ditawarkan kepada PPPLD yang sedang berkhidmat di Bahagian/Jabatan Pelajaran Negeri ( JPN )/ Pejabat Pelajaran Daerah ( PPD ) / sekolah rendah/ sekolah menengah/ sekolah bantuan kerajaan dibawah kelolaan KPM.
- PPPLD yang telah tamat latihan program ini akan kekal bertugas di Bahagian/JPN/PPD atau sekolah semasa sebelum ini dibawah KPM.
- Cara memohon boleh mula didapatkan di laman rasmi KPM mulai 4 Jun 2012
Syarat dan kelayakan asas memohon
- Warganegara Malaysia
- PPPLD yang berumur 47 tahun hingga 49 tahun pada 31 Disember 2012 dan telah memilih opsyen bersara wajib 60 tahun
- PPPLD yang berumur 47 tahun ke bawah pada 31 Disember 2012 dan telah memilih opsyen bersara wajib 58 tahun dan
- PPPLD yang berumur bawah 46 tahun
- Telah disahkan dalam jawatan
- Tidak berdaftar atau mengikuti sebarang pengajian dengan mana-mana university sebagai pelajar sepenuh masa/ separuh masa/ sambilan dengan tajaan KPM.
- Memiliki Diploma Pendidikan/ Perguruan atau Sijil Perguruan
- Mempunyai pengalaman mengajar sebagai guru terlatih secara berterusan lebih dari 3 tahun.
- Melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti kokurikulum.
- Mempunyai tahap kesihatan yang baik.
- Memperoleh purata markah sekurang-kurangnya 80% bagi Laporan Nilaian prestasi Tahunan ( LNPT ) yang baik bagi 3 tahun yang terkini.
- Bebas dari tindakan tatatertib.
Pertanyaan lanjut
Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut, anda digalakkan untuk merujuk Suarat siaran Surat1, Surat 2 ataupun menghubungi.
Sektor Peningkatan Keilmuan ( Urus setia Program ) no telefon : 03-8884 1269/1270/1266/1000
Sektor Pengambilan Dan Pendaftaran Latihan ( Permohonan dan Pengambilan ) No Telefon : 03-8884 1232/1242/1236/1000