Permohonan Pensiswazahan Guru Secara PJJ 2012 KPM

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Permohonan Ijazah Perguruan Secara PJJ

Permohonan Pensiswazahan Guru Secara PJJ 2012 KPM 1
Permohonan Pensiswazahan Guru

Kementerian Pelajaran Malaysia telah membuka permohonan kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma ( PPPLD ) yang sedang berkhidmat di

  • Sekolah rendah
  • Sekolah menengah
  • Sekolah bantuan kerajaan
  • Pejabat Pelajaran Daerah (PPD)
  • Jabatan Pelajaran Negeri (JPN)
  • Bahagian di bawah kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia

Untuk membuat permohonan mengikuti Program Pensiswazahan Guru Mod Pendidikan Jarak Jauh (PJJ)

 

Maklumat Program

Nama Program  : PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU

Tempoh Pengajian  : Empat (4) Tahun

Mod Kursus   : Pendidikan Jarak Jauh (PJJ)

Program ini dijalankan secara mod Pendidikan Jarak Jauh di Institut Pendidikan Guru (IPG)/Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA)/Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS).  Peserta yang lulus peperiksaan dan memenuhi syarat yang ditetapkan akan dianugerah Ijazah Sarjana Muda

 

Syarat dan Kelayakan Asas

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) yang sedang berkhidmat di sekolah rendah/sekolah menengah/sekolah bantuan kerajaan/Pejabat Pelajaran Daerah (PPD)/Jabatan
  3. Pelajaran Negeri (JPN)/Bahagian di bawah kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia.
  4. Berumur 47 tahun dan ke bawah pada 2012 (lahir pada atau selepas 1965).
  5. PPPLD yang berumur 46 dan 47 tahun yang telah memilih opsyen bersara wajib 58 tahun.
  6. Telah disahkan dalam jawatan.
  7. Tidak berdaftar atau tidak mengikuti apa-apa pengajian dengan mana-mana universiti sebagai pelajar sepenuh masa/separuh masa/sambilan dengan tajaan Kementerian Pelajaran Malaysia.
  8. Memiliki Diploma Pendidikan/Perguruan atau Sijil Perguruan.
Info Tambahan :  Tingkatan Enam 2023: Permohonan Kemasukan dan Semakan Tawaran 2023

 

 Syarat Tambahan

  1. Mempunyai pengalaman mengajar sebagai guru terlatih secara berterusan lebih daripada 3 tahun.
  2. Melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti kokurikulum.
  3. Mempunyai kesihatan yang baik dari segi ­zikal dan mental.
  4. Mempunyai purata markah laporan prestasi perkhidmatan yang baik bagi 3 tahun yang terkini.
  5. Calon Tidak Layak Memohon
  6. Calon yang masih dalam tindakan tatatertib atau sedang dalam proses tindakan tatatertib.
  7. Calon yang gagal menamatkan kursus di bawah tajaan tanpa kelulusan Kementerian Pelajaran Malaysia.  (contoh : Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah (PGSR)/PJJ KPM-OUM)

Cara Mengemukakan Permohonan

  1. Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) dengan melayari  laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia di http://www.moe.gov.my iaitu http://apps.moe.gov.my/kdp/ppg_2012/permohonan/ mulai 17 Oktober 2011 (Isnin) bermula jam 10.00 pagi.
  2.  Calon dinasihatk an melayari  dahulu  laman  sesawang berkenaan untuk  meneliti  Panduan Permohonan dan memahami tatacara membuat permohonan secara dalam talian ini.
  3. Calon dibenarkan mengemukakan hanya satu permohonan sahaja.
  4. Maklumat permohonan yang tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.
Info Tambahan :  YPJ 2023: Permohonan, Syarat dan Panduan Lengkap

 

Tarikh Tutup Permohonan

27 November  2011 (Ahad) sebelum 11.59 malam.

 

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut seperti bidang pengajian dan maklumat tambahan yang lebih tepat, silalah sahabat ke Halaman Utama Permohonan sistem.

Atau berhubung untuk pertanyaan kepada:

Bahagian Pendidikan Guru

Kementerian Pelajaran Malaysia

Aras 3, Blok E13, Parcel E

Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 PUTRAJAYA

(u.p : Unit Peningkatan Akademik dan Kompetensi)

No. Telefon : 03-8884 1091/1269/1273/1270

Bahagian Pendidikan Guru

Cawangan Sabah

d/a Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya

Peti Surat 10491, 88805 Kota Kinabalu Sabah

No. Telefon : 088-236804

Bahagian Pendidikan Guru

Cawangan Sarawak

Jalan Kolej, 93259 Kuching Sarawak

No. Telefon : 082-258045

2 thoughts on “Permohonan Pensiswazahan Guru Secara PJJ 2012 KPM”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top