Permohonan Perguruan, PISMP 2015

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Satu permohonan dibuka bagi yang berminat dalam bidang perguruan melalui PISMP iaitu Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian ambilan jun 2015 dibuka untuk permohonan. Permohonan adalah bagi lepasan SPM untuk mengikuti Ijazah Sarjana Muda Perguruan PISMP.

Maklumat dibawah ialah berkaitan permohonan :

Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)

  • Program ini dikhususkan untuk melatih bakal guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam pelbagai bidang pengkhususan bagi keperluan di sekolah rendah.
  • Pemohon dikehendaki mengikuti Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) selama dua belas (12) bulan atau dua (2) semester di IPG berkenaan yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
  • Pemohon yang LULUS PPISMP akan diberikan Sijil Tamat PPISMP dan DITAWARKAN mengikuti pengajian PISMP selama empat (4) tahun atau lapan (8) semester di IPG yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
  • PPISMP dan PISMP dilaksanakan secara Mod Sepenuh Masa.
Info Tambahan :  FlySISWA 2023: Bantuan Penerbangan Pelajar Semenanjung-Borneo

SYARAT DAN KELAYAKAN ASAS

  • Warganegara Malaysia.
  • Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2015 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 1995
  • Sihat tubuh badan.
  • Aktif dalam kegiatan kokurikulum.
  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh gred cemerlangMakluman Gred cemerlang merangkumi gred A-, A dan A+ dalam mana-mana lima (5) mata pelajaran.

Memperoleh sekurang-kurangnya gred kepujian dalam mata pelajaran yang berikut iaitu: Bahasa Melayu; dan Sejarah.

Calon tidak layak memohon

  • Pemohon yang sedang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan atau Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di institusi-institusi pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia.
  • Pemohon yang dikenakan tindakan tatatertib atau sedang dalam proses tindakan tatatertib semasa dalam perkhidmatan awam atau latihan yang dianjurkan oleh agensi kerajaan.
  • Pemohon yang pernah mengikuti program ikhtisas di Institut Pendidikan Guru, tetapi gagal dalam peperiksaan dan ditamatkan daripada program.
  • Pemohon yang pernah atau sedang disabitkan dengan kesalahan penyalahgunaan dadah, jenayah atau tindakan mahkamah.
Info Tambahan :  Yayasan Bank Rakyat: Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) 2023

Cara memohon dan Maklumat lanjut

Anda dinasihatkan untuk merujuk maklumat penuh permohonan ( Maklumat Lanjut ) sebelum membuat sebarang permohonan.

Jika ada sebarang pertanyaan sila rujuk :

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

ARAS 1, ENTERPRISE BUILDING 3, BLOK 2200

PERSIARAN APEC, CYBER 6,63000 CYBERJAYA

(u.p: Unit Pengambilan Pelajar, Sektor Hal Ehwal Pelajar dan Hubungan Luar)

No. Telefon : 03-8312 6720/6758/6731/6733/6769/6723/6760

 

Permohonan ditutupĀ  : 08 MAC 2015 (11:59 MALAM)

Sumber diatas adalah dari KPM sendiri menerusi Laman rasminya.

p/s : Maaf dengan kelewatan pihak blog kami untuk mengingatkan anda, hal ini kerana pihak xpresi sedang mengalami kesulitan kerana masalah teknikal sehingga masalah untuk update dan menghantar berita terbaru. Pihak kami sedang berusaha yang terbaik secepat mungkin.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top