Permohonan Perpindahan Guru Online 2012 KPM

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Sistem permohonan guru secara online atau Egtukar bagi pertukaran januari 2012 telah dibuka. Pertukaran ini melibatkan guru dalam negeri atau antara negeri dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia KPM.  Permohonan pertukaran kali ini dibuka seperti yang dijanjikan iaitu 1 September 2011 dengan menggunakan aplikasi web E gtukar seperti biasa sebelum ini.

Permohonan Perpindahan Guru Online 2012 KPM 1
egtukar

Kita baru sahaja beraya, pulang ke kampung berjumpa ibu bapa tercinta dan berjumpa kenalan. Percutian balik kampung kali ini membuatkan hati gembira berada di kawasan kelahiran sendiri. Kegembiran itu tidak lama, mungkin seminggu dua, kemungkinan ada yang berat untuk meninggalkan ibu bapa tercinta terutama ibu tunggal yang uzur serta adik-adik yang memerlukan perhatian dari abang dan kakaknya. Tidak terkecuali yang juga terpaksa meninggalkan atau berjauhan dengan pasangan masing-masing untuk bertaburan ke tempat bertugas masing-masing.

Tapi itu lah realiti sebenar, sukar untuk bekerja di kawasan sendiri ataupun berdekatan dengan kampung halaman. Mungkin kerana kekosongan dan keperluan tugas yang memerlukan kita. Mungkin ada juga kelemahan yang perlu dibaiki, namun apa daya jika difikirkan dengan tanggungjawab kepada anak bangsa, terutama menjadi seorang guru, perlu tabah dan menurut arahan yang diberi.

Baiklah, kita lupakan pada kesedihan itu, kesedihan tu terubat juga kepada mereka yang kembali ke tempat bertugas masing-masing apabila permohonan pertukaran guru telahpun dibuka pada 1 September 2011. Jadi, inilah peluang untuk mencuba nasib yang sukar sekali untuk ditunaikan terutama guru-guru yang berasal dari kelantan dan terengganu. Walaupun menurut statistik kini lebih banyak yang mohon masuk berbanding mohon keluar tetapi cubalah tawakal memohon, semoga anda berjaya. Untuk merujuk Statistik terkini permohonan KLIK SINI. ( pilih ingin lihat sekolah menengah atau rendah )

Bagaimana Ingin Memohon Permohonan

  1. Pastikan menggunakan Internet Explorer
  2. Masuk ke alamat http://apps.moe.gov.my/epgo/ ( Pastikan guna Internet Explorer )
  3. Pertama kali memohon..Perlu terlebih dahulu daftar masuk, Klik pada butang daftar masuk atau alamat ini http://apps.moe.gov.my/epgo/dr_login/sign_up.cfm
  4. Jika pemohon kali kedua dan seterusnya boleh terus log in melalui ” laluan masuk ” dengan memasukkan ID, kata laluan dan no kad pengenalan.
  5. Pastikan semak maklumat-maklumat peribadi kita, jika tak terupdate atau kemaskini, sila maklumkan pada PK1 masing-masing atau Pegawai pengurusan sekolah PPD masing-masing.
  6. Jika dah kemaskini maklumat terkini, bolehlah cuba memohon.
Selepas memohon, silalah print permohonan dan dapatkan pengesahan dari pengetua/guru besar masing-masing. Saya pun nak mohon, sama-sama la kita mencuba, bila la dapat masuk Kelantan ni.. Teringat mak dikampung, kalau tak kelantan, negeri berdekatan pun oklah, asalkan boleh naik kereta untuk balik kampung, senang kalau berlaku apa-apa dikampung boleh segera pulang, dah boring naik kapal terbang dan berenang..huhu..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *