

Satu permohonan dibuka bagi calon yang berminat untuk menjadi guru untuk kursus PPISMP iaitu Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan 2014. Perhatian permohonan ini adalah bagi pelajar :
- Lulusan Unified Exammination Certificate ( UEC )
- Sijil Menengah Agama ( SMA )
- Sijil Menengah Ugama ( SMU )
KETERANGAN PROGRAM
Nama Program : Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP)
- Program ini dikhususkan untuk melatih bakal guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam pelbagai bidang pengkhususan bagi keperluan di sekolah rendah.
- Calon dikehendaki mengikuti PPISMP selama dua belas (12) bulan/dua (2) semester di IPG berkenaan yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
- Calon yang LULUS Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan akan diberikan Sijil Tamat PPISMP dan DITAWARKAN mengikuti pengajian Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) selama empat (4) tahun/lapan (8) semester di IPG yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
- PPISMP dan PISMP dijalankan menggunakan Mod Sepenuh Masa.
SYARAT DAN KELAYAKAN ASAS
- Warganegara Malaysia.
- Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2014 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 1994.
- Calon mesti sihat tubuh badan.
- Calon mesti aktif dalam kegiatan kokurikulum.
- Mempunyai sekurang-kurangnya gred kepujian dalam Bahasa Melayu serta lulus dalam Bahasa Inggeris di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
SYARAT TAMBAHAN
- Lulusan Unified Examination Certificate (UEC)
- Calon lulusan Unified Examination Certificate (UEC) mesti memiliki sekurang-kurangnya tiga (3) gred kepujian di peringkat Sijil Senior Middle Level (UEC-SML).
- Lulusan Sijil Menengah Agama (SMA) atau Sijil Menengah Ugama (SMU)
- Calon lulusan Sijil Menengah Agama (SMA) atau Sijil Menengah Ugama (SMU) mesti memiliki sekurang-kurangnya tiga (3) gred kepujian di peringkat SMA atau SMU.
BIDANG PENGKHUSUSAN YANG DITAWARKAN:
- Bahasa Cina Pendidikan Rendah bagi lulusan Unified Examination Certificate (UEC)
- Dalam tempoh Kursus Persediaan, calon mesti mengikuti Kursus Khas dan LULUS dalam tiga (3) mata pelajaran berikut:
i. Bahasa Melayu Komunikasi;
ii. Sejarah; dan
iii. Pendidikan Moral.
- Pendidikan Islam Pendidikan Rendah bagi lulusan Sijil Menengah Agama (SMA) atau Sijil Menengah Ugama (SMU).
- Dalam tempoh Kursus Persediaan, calon mesti mengikuti Kursus Khas dan LULUS dalam tiga (3) mata pelajaran berikut:
i. Pendidikan al-Quran dan al-Sunnah;
ii. Sejarah; dan
iii Pendidikan Syariah Islamiah.
CALON TIDAK LAYAK MEMOHON
- Calon yang sedang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan atau Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di institusi-institusi pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia.
- Calon yang dikenakan tindakan tatatertib atau sedang dalam proses tindakan tatatertib semasa dalam perkhidmatan awam atau latihan yang dianjurkan oleh agensi kerajaan.
- Calon yang pernah mengikuti program ikhtisas di Institut Pendidikan Guru, tetapi gagal dalam peperiksaan dan ditamatkan daripada program.
- Calon yang pernah atau sedang disabitkan dengan kesalahan penyalahgunaan dadah, jenayah atau tindakan mahkamah.
CARA MEMOHON
- Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) dengan melayari laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia di alamat : http://www.moe.gov.my mulai 10 Mac 2014.
- Permohonan calon akan ditapis berdasarkan syarat kelayakan dan kriteria yang telah ditetapkan oleh KPM. Calon yang terpilih mesti menduduki dan LULUS Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) sebelum layak dipanggil temu duga
- Pemohon dinasihatkan melayari laman sesawang : http://www.moe.gov.my bagi mendapatkan maklumat iklan, Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG), temu duga, bidang pengkhususan dan gred minimum serta kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan.
- Calon dibenarkan mengemukakan SATU (1) permohonan dan boleh mengemaskini pada bila-bila masa sahaja.
- Permohonan hendaklah disahkan dan dihantar sebelum tarikh tutup permohonan. Permohonan yang berjaya dihantar akan menerima nombor rujukan sebagai pengesahan.
- Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.
TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 30 MAC 2014 (11:59 MALAM)
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 1, ENTERPRISE BUILDING 3, BLOK 2200
PERSIARAN APEC, CYBER 6,63000 CYBERJAYA
(u.p: Unit Pengambilan Pelajar, Sektor Hal Ehwal Pelajar dan Hubungan Luar)
No. Telefon : 03-8312 6731/6720/6733/6769/6723